Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Duduk rumah sahaja sepanjang Tahun Baru Cina jika kurang sihat, sekalipun negatif COVID-19

Menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina, dua pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 menggesa orang ramai supaya duduk rumah sahaja jika mereka berasa kurang sihat, walaupun mereka diuji negatif bagi koronavirus.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina, dua pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 menggesa orang ramai supaya duduk rumah sahaja jika mereka berasa kurang sihat, walaupun mereka diuji negatif bagi koronavirus.

Dalam satu ucapan bersama dengan Menteri Kewangan Lawrence Wong, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata Singapura sedang mengalami gelombang jangkitan Omicron, dengan kes-kes dijangka "naik mendadak".

"Jika anda kurang sihat, sila duduk di rumah. Anda masih boleh bertanya khabar anggota keluarga dan sahabat handai secara maya menerusi online," kata Encik Wong dalam satu video yang dimuat naik ke Facebook.

"Jangan keluar rumah meskipun anda diuji negatif. Jangan keluar rumah kerana anda mungkin berisiko menjangkiti mereka," kata Encik Ong.

Kedua-dua menteri itu turut menggesa orang ramai supaya mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19, yang kekal tidak berubah menjelang tempoh Tahun Baru Cina.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada minggu lalu bahawa jumlah maksimum saiz kumpulan yang dibenarkan bagi perhimpunan sosial masih lima orang, sama seperti had bagi jumlah pengunjung unik yang dibenarkan ke setiap rumah setiap hari.

MOH juga menasihati orang ramai supaya mengambil ujian pantas antigen sebelum berkunjung ke rumah orang lain, terutama sekali jika terdapat warga emas atau individu belum divaksin.

Nasihat itu diulangi oleh Encik Ong dalam video tersebut, yang menambah bahawa golongan mudah terjejas itu termasuk individu yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis atau barah.

"Jika kita semua memainkan peranan masing-masing dan melaksanakan tanggungjawab peribadi, kita dapat menyambut tahun baru secara selamat dan bermakna," kata Encik Wong.

KLINIK DIBUKA SEMASA CUTI TAHUN BARU CINA

Secara berasingan, MOH menyatakan dalam satu kenyataan media hari ini bahawa hampir 1,000 klinik swasta (GP) akan terus dibuka pada pelbagai waktu operasi semasa tempoh Tahun Baru Cina pada 31 Januari hingga 2 Februari.

1 Februari dan 2 Februari merupakan cuti umum.

Daripada 988 klinik swasta yang akan terus beroperasi, 523 merupakan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC). Klinik-klinik tersebut menawarkan rawatan pada harga subsidi, siasatan dan perubatan bagi simptom-simptom pernafasan seperti demam, batuk, sakit tekak dan selesema.

Sebanyak 324 PHPC terpilih boleh menawarkan ujian swab COVID-19 sepanjang tempoh Tahun Baru Cina, menurut MOH.

Sebelas Pusat Ujian Gabungan (CTC) di merata Singapura akan terus beroperasi dan menerima pesakit yang dirujuk untuk mengambil ujian swab COVID-19 oleh doktor mereka.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan