Skip to main content

Singapura

Dua tapak asrama pekerja akan ditawarkan mulai suku pertama 2027

Anggaran Waktu Membaca:
Dua tapak asrama pekerja akan ditawarkan mulai suku pertama 2027

Dormitori pekerja asing. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 12 Sep 2026 07:38AM
  • Pemerintah Singapura melalui MOM dan MND akan menawarkan dua tapak baharu untuk pembangunan asrama pekerja hijrahan bermula suku pertama 2027.
  • Salah satu tapak terletak di Jurong Apartments dengan kapasiti sekitar 8,100 katil, manakala satu lagi di 1 Lorong Lada Hitam mampu menampung sehingga 15,000 katil.
  • Empat tapak tambahan akan dilancarkan pada penghujung 2025, menjadikan lebih 48,000 katil tersedia menjelang awal 2030-an.
  • Langkah ini bertujuan memastikan keperluan penginapan pekerja hijrahan dipenuhi dan membantu pihak industri merancang serta menyertai tender akan datang.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Pemerintah akan menawarkan dua tapak untuk pembangunan asrama pekerja seawal suku pertama tahun 2027.

Langkah ini bertujuan memastikan bekalan katil asrama yang mencukupi bagi menampung keperluan penginapan pekerja hijrahan pada masa hadapan.

Ia termasuk sebuah tapak baharu di Jurong Apartments, berhampiran Joo Koon Crescent.

Tapak seluas dua hektar itu dijadualkan untuk ditawarkan bagi penjualan pada separuh kedua tahun 2027 dan dianggarkan mampu menyediakan sekitar 8,100 katil.

Satu lagi tapak terletak di 1 Lorong Lada Hitam, berhampiran Mandai Road. Tapak ini dijangka menyediakan sehingga 15,000 katil asrama.

Dengan keluasan 10.7 hektar, tapak tersebut dijadualkan dilancarkan seawal suku pertama tahun hadapan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan bahawa tapak-tapak baharu itu, bersama empat lokasi lain yang dilancarkan pada penghujung tahun 2025, akan menambah lebih 48,000 katil untuk pekerja hijrahan menjelang awal dekad 2030-an.

Kedua-dua kementerian juga akan mengemas kini perancangan bekalan asrama setiap tahun bagi membantu pihak industri membuat perancangan serta menggalakkan penyertaan dalam tender yang akan datang.
Sumber : CNA/KH/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita