Skip to main content

Singapura

Dua syarikat pengurup wang dikenakan denda berjumlah S$5.3 juta

Suruhanjaya Persaingan dan Pelanggan Singapura (CCCS) mengenakan denda lebih S$5 juta terhadap dua syarikat pengurup wang kerana secara haram memberitahu satu sama lain tentang kadar tukaran wang.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua syarikat pengurup wang dikenakan denda berjumlah S$5.3 juta

Dua syarikat pengurup wang didenda kerana membincangkan kadar tukaran wang secara haram. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 31 Jul 2025 07:43PM
SINGAPURA: Suruhanjaya Persaingan dan Pelanggan Singapura (CCCS) mengenakan denda lebih S$5 juta terhadap dua syarikat pengurup wang kerana secara haram memberitahu satu sama lain tentang kadar tukaran wang.

Syarikat Hanshan Money Express dan ZGR Global berbuat demikian di People's Park Complex sejak Januari 2016.

Badan pemantau persaingan itu mengenakan denda S$2.5 juta kepada Hanshan, sementara ZGR Global pula dikenakan denda sebanyak S$2.8 juta.

Pada masa yang sama, CCCS menekankan bahawa perniagaan tidak boleh berkongsi maklumat mengenai harga dan strategi harga dalam kegiatan komersil.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita