Dua syarikat dikenakan Arahan Berhenti Kerja susuli pelbagai kelemahan keselamatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengenal pasti dua syarikat tempatan sebagai contoh tapak kerja dengan keadaan tidak selamat untuk pekerja.
Kedua-duanya diberikan Arahan Berhenti Kerja (SWO) dan didenda hingga S$15,000 bagi berbagai kelemahan dalam keselamatan kerja.
Ia sebahagian daripada usaha penguatkuasaan MOM untuk membendung lonjakan kes kematian di tempat kerja.
Dalam satu catatan di Facebook, MOM memberi contoh kelemahan amalan keselamatan di kedu-dua tempat kerja.
Ia termasuk, pekerja mengendalikan mesin berat tanpa kebenaran, rak-rak penyimpanan muatan terlalu berat dan peralatan yang tidak disusun rapi.
MOM menambah, pihak pengurusan kanan perlu dipertanggungjawabkan atas kelemahan dalam persekitaran dan amalan di tempat kerja, sementara pekerja pula perlu mematuhi prosedur keselamatan.

Sumber : CNA/ZM/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.