Skip to main content

Singapura

Dua remaja diberkas susuli kebakaran di blok HDB Ang Mo Kio

Dua remaja lelaki masing-masing berusia 16 dan 17 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dengan satu kebakaran yang berlaku di Ang Mo Kio.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua remaja diberkas susuli kebakaran di blok HDB Ang Mo Kio

AP GRC Ang Mo Kio, Nadia Ahmad Samdin, di Blok 510 Ang Mo Kio Avenue 8. (Gambar: Instagram/@samdingoingon)

SINGAPURA: Dua remaja lelaki masing-masing berusia 16 dan 17 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dengan satu kebakaran yang berlaku di Ang Mo Kio.

Polis dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut yang berlaku di Blok 510 Ang Mo Kio Avenue 8 pada Khamis (25 Sep), pukul 8.25 malam.

Sebelas individu berusia antara 18 bulan hingga 85 tahun dibawa ke hospital selepas diperiksa kerana terhidu asap.

Secara keseluruhan, seramai 90 orang dipindahkan dari blok tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kebakaran itu melibatkan alat bantuan mobiliti peribadi dan basikal di lobi lif tingkat tujuh blok berkenaan.

Kebakaran itu “segera dipadamkan”, menurut SCDF sambil menambah bahawa punca kebakaran sedang disiasat.

Menurut polis, kedua-dua remaja itu diberkas kerana melakukan perbuatan nakal melibatkan api.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita