Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua remaja diberkas selepas gurauan melibatkan pistol mainan di kedai runcit

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua remaja berusia 16 tahun diberkas selepas mengeluarkan sepucuk pistol mainan di sebuah kedai runcit di Yishun.

Polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai insiden di Yishun Street 22 itu sekitar pukul 7.00 pagi pada Isnin (17 Apr).

Salah seorang daripada remaja tersebut didakwa menghampiri kaunter juruwang untuk membuat bayaran bagi satu barang. Dia kemudian mengeluarkan sepucuk pistol mainan dan mengacukannya ke arah seorang pekerja.

Demikian menurut polis dalam kenyataan media pada Selasa (18 Apr).

Seorang lagi remaja sedang merakam insiden tersebut.

"Ketika mendengar pekerja itu menjerit, mereka mula ketawa dan menunjukkan bahawa pistol itu adalah palsu," menurut polis.

Siasatan awal menunjukkan bahawa remaja-remaja itu sudah merancang untuk menakut-nakutkan pekerja berkenaan dengan pistol mainan sebagai hiburan.

Mereka diberkas kira-kira tiga jam kemudian selepas mereka dikenal pasti dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup.

Pistol mainan, pakaian yang dipakai serta telefon bimbit yang digunakan untuk merakam gurauan itu dirampas.

Mengancam individu lain dengan sebarang kecederaan, dengan niat menakut-nakutkankan individu tersebut, adalah satu kesalahan ugutan jenayah, tambah polis.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda.

"Polis tidak bertolak ansur terhadap perbuatan sedemikian yang menyebabkan kebimbangan yang tidak diperlukan terhadap orang awam," tambahnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan