Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua pelakon cilik Bangsawan serlah bakat dalam Opera Cina

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada usia 11 tahun, pelakon cilik Bangsawan Tyara Chynta Puteri Noor Azhar sudah membuktikan bahawa beliau bukan sahaja berbakat dalam persembahan Bangsawan malah beliau juga mampu menggarap seni Opera Cina.

Beliau merupakan salah seorang daripada dua anggota Bangsawan Cilik Anggerik Temasek Bangsawan yang diundang untuk membuat persembahan Opera Cina di Hanoi, Vietnam esok (21 Nov).

Beliau dan seorang lagi anggota, Anggun Charysma Puteri Noor Azhar akan menyertai rombongan pelajar dari Kolej Muzik Raffles Singapura untuk mementaskan persembahan opera berjudul 'The Painted Skin' tulisan dan arahan Dr Chua Soo Pong sendiri.
 
(Gambar: BERITAmediacorp/Nur Hazimah Anuar)
Rombongan itu diundang oleh pihak kementerian di sana untuk membuat persembahan sempena Pesta Teater Eksperimen Antarabangsa.

Selain menjadi anggota pertama daripada kumpulan Bangsawan itu untuk menyerlahkan bakat di luar negara, kedua-dua pelakon cilik tersebut juga berpeluang mendapat tunjuk ajar Dr Chua, yang merupakan doyen Opera Cina di Singapura.

"Kedua-dua Tyara dan Anggun dipilih untuk sertai persembahan Opera Cina yang ditulis oleh Dr Chua setelah beliau menyaksikan persembahan mereka di Festival Bangsawan pada Ogos lalu.

"Kami berbesar hati kerana mereka tidak dan belum pernah lagi dilatih dalam adat resam ataupun budaya Cina apa lagi Opera Cina, jadi ini adalah satu pengalaman berharga untuk anak-anak didik kami di bangsawan cilik," kata pengasas Anggerik Temasek Bangsawan, Noor Azhar Mohamed.

Sebagai persiapan, kedua-dua pelakon cilik itu melatih penguasaan Bahasa Mandarin di rumah selain daripada menjalani latihan bagi persembahan Opera Cina.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan