Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua pelajar terima Anugerah Pengajian Perubatan Jamiyah-Dr Kutbuddin

Anggaran Waktu Membaca:
Dua pelajar terima Anugerah Pengajian Perubatan Jamiyah-Dr Kutbuddin

Dua pelajar terima Anugerah Pengajian Perubatan Jamiyah-Dr Kutbuddin. (Gambar: Jamiyah Singapura)

SINGAPURA: Dua pelajar menerima Anugerah Pengajian Perubatan Jamiyah-Dr Kutbuddin buat julung-julung kalinya pada hari ini (26 Nov).

Para penerima anugerah itu ialah Encik Fahim Shaik Ansari Ahamed, 20 tahun dan Cik Tiara Qistina Tho, 21 tahun.

Kedua-duanya ialah mahasiswa dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian, Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Selain keputusan akademik yang cemerlang, para pemenang anugerah dipilih kerana penglibatan aktif dalam khidmat masyarakat dan kerja sukarela.

Anugerah itu disampaikan bagi memperingati jasa Dr Kutbuddin Dohadwala kepada masyarakat.

Allahyarham merupakan salah seorang penderma dan sukarelawan yang paling lama menyumbang khidmat kepada Jamiyah dan memainkan peranan penting dalam penubuhan Klinik Perubatan Percuma Jamiyah pada 1975.

Anugerah itu disampaikan oleh tetamu kehormat, Anggota Parlimen GRC Jurong, Dr Tan Wu Meng.
Sumber : BERITA Mediacorp/em
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan