Dua pegawai kanan wanita dilantik ke dalam pucuk pimpinan MUIS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad pada Selasa (4 Ogos) mengumumkan dua pelantikan baharu dalam kepimpinan kanan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Pengumuman itu dibuat dalam satu upacara Memperingati Hari Kebangsaan anjuran MUIS yang berlangsung di Hab Islam Singapura.
Cik Faizah Ahmad Barazy dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif MUIS berkuat kuasa 1 Ogos, menggantikan Encik Khairul Anwar yang sudah berkhidmat sejak 2023. Ini kali pertama seorang wanita menyandang jawatan tersebut dalam sejarah MUIS.
Cik Faizah akan menerajui kelompok Pendidikan, Sektor Satu Masjid (OMS), Pembangunan Halal dan Dana Masyarakat.

Sebelum menyertai MUIS, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kanan di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dengan tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dengan masyarakat.
Cik Faizah mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang dasar awam, kerjasama dengan pihak berkepentingan dan penyelarasan antara agensi.
"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan para pegawai, pihak masjid, madrasah serta rakan-rakan masyarakat untuk meneruskan usaha yang telah dibina, memperkukuh institusi kita dan bersama-sama menghadapi peluang serta cabaran pada masa hadapan," ulas Cik Faizah mengenai pelantikannya.
"Dengan sokongan dan usaha semua pihak, saya yakin MUIS akan terus kekal sebagai sebuah institusi yang dipercayai, relevan dan responsif dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam Singapura yang sentiasa berkembang, hari ini dan untuk generasi akan datang," tambahnya.

Turut diumumkan ialah pelantikan Cik Rafidah Suparman sebagai Penolong Ketua Eksekutif MUIS, berkuat kuasa 1 Oktober. Pelantikan itu sekali gus memperkenalkan jawatan Penolong Ketua Eksekutif dalam kepimpinan kanan MUIS.
Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Pengurusan Risiko dan Jaminan di Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).
Dalam peranan baharunya pula, Cik Rafidah akan menyelia fungsi korporat MUIS, termasuk modal insan, kewangan, perolehan dan kawal selia, komunikasi strategik serta perkhidmatan IT dan digital demi menyokong usaha transformasi badan penguasa Islam itu.

MUIS PERKENAL ANUGERAH IKTIRAF PEGAWAI YANG MANFAATKAN AI
Di acara yang sama pada Selasa (4 Ogos), Encik Zaqy turut menyampaikan Anugerah Pengiktirafan AI MUIS yang pertama kali diperkenalkan.
Anugerah itu mengiktiraf pegawai dan pasukan daripada MUIS, masjid serta madrasah yang memanfaatkan AI bagi meningkatkan mutu khidmat kepada masyarakat.
"AI akan merubah cara kita bekerja dan saya gembira melihat bagaimana MUIS sudah mula menggunakannya dengan pelbagai cara praktikal seperti IftaSG yang membantu dalam penyelidikan fatwa dalam konteks Singapura," kata Encik Zaqy dalam ucapannya.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa sentuhan manusia tetap penting apabila berkhidmat kepada masyarakat.
"Teknologi boleh membantu kita berkhidmat dengan lebih baik dan pantas tetapi ia tidak akan boleh menggantikan orang yang mendampingi sesebuah keluarga pada saat-saat sukar," ujarnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.