Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua pegawai CNB dihukum penjara, bersubahat tukar sampel air kencing

Anggaran Waktu Membaca:
Dua pegawai CNB dihukum penjara,  bersubahat tukar sampel air kencing

Abdul Rahman Kadir and Muhammad Zuhairi Zainuri. (Gambare: Gaya Chandramohan, Rauf Khan)

SINGAPURA: Dua pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) yang bersubahat untuk menukar sampel air kencing seorang lelaki yang menjalani ujian dadah dijatuhkan hukuman pada Khamis (24 Nov).

Abdul Rahman Kadir, 46 tahun, dikenakan hukuman penjara dua tahun manakala Muhammad Zuhairi Zainuri, 34 tahun, dipenjara selama 22 bulan.

Mereka disabit kesalahan pada September, masing-masing atas satu tuduhan menghalang proses keadilan dengan bersubahat untuk menukar sample air kencing Maung Moe Min Oo pada Ogos 2018.

Pegawai ketiga CNB, Staf Sarjan Mohamed Hafiz Lan, yang menyediakan air kencing "bersih", mengaku bersalah atas peranannya dan dikenakan hukuman penjara 18 bulan pada 2020.
Zuhairi dan Rahman digantung kerja pada Julai 2019.

Zuhairi meletak jawatan pada Februari lalu.

CNB menyatakan pihaknya akan memulakan prosiding disiplin terhadap Rahman selepas sabitan mahkamah dengan tujuan untuk memecatnya dari CNB.

Kes Maung Moe Min Oo masih belum selesai.
 
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan