Dua Majlis Bandaran baharu ditubuhkan di Jalan Kayu, Punggol
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua Majlis Bandaran baharu ditubuhkan di Jalan Kayu dan Punggol berikutan berakhirnya Pilihan Raya Umum 2025.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan Majlis Bandaran kepada 19, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan pada Jumaat (30 Mei).
Sebanyak 12 daripada 19 Majlis Bandaran sedia ada kini dibentuk semula disebabkan perubahan sempadan kawasan undi, yang menyebabkan beberapa kawasan dipindahkan antara bandar, tambah MND. Lima kekal tidak berubah.
Di bawah Akta Majlis Bandaran, Anggota Parlimen yang dipilih perlu membentuk sebuah bandar untuk kawasan undi mereka sendiri atau dengan menggabungkan sehingga tiga kawasan undi bersama untuk membentuk sebuah bandar. Setiap bandar akan diuruskan oleh Majlis Bandaran masing-masing.
Majlis Bandaran Jalan Kayu yang baharu akan terdiri daripada SMC yang dimenangi oleh ketua buruh Ng Chee Meng. Beliau akan mengetuai majlis tersebut.
Majlis Bandaran Punggol juga hanya terdiri GRC yang dimenangi oleh pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong.
Empat Majlis Bandaran juga ditukar nama.
Majlis Bandaran Jurong-Clementi kini dikenali sebagai Majlis Bandaran Jurong-Clementi-Bukit Batok. Majlis Bandaran Marine Parade pula ditukar nama kepada Majlis Bandaran Marine Parade-Braddell Heights.
Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol kini akan menjadi Majlis Bandaran Pasir Ris-Changi, manakala Majlis Bandaran West Coast kini menjadi Majlis Bandaran West Coast-Jurong West.
Lapan Majlis Bandaran yang dibentuk semula yang lain adalah Majlis Bandaran Aljunied-Hougang, Ang Mo Kio, Chua Chu Kang, East Coast, Holland-Bukit Panjang, Jalan Besar, Tampines dan Tanjong Pagar, dan nama mereka tidak berubah.
Majlis Bandaran Bishan-Toa Payoh, Marsiling-Yew Tee, Nee Soon, Sembawang dan Sengkang akan kekal dengan nama sedia ada serta sempadan bandar mereka tanpa perubahan.
Majlis Bandaran mempunyai tempoh sehingga 90 hari untuk melengkapkan penyerahan dan pengambilalihan pengurusan kawasan-kawasan yang akan dipindahkan.
Ini bermakna dua Majlis Bandaran baharu dan 12 Majlis Bandaran yang dibentuk semula akan mengambil alih pengurusan kawasan-kawasan yang dipindahkan mulai 1 Ogos.
Majlis Bandaran juga boleh bersetuju secara bersama untuk melengkapkan penyerahan dan pengambilalihan sebelum 1 Ogos. Mereka perlu memaklumkan penduduk tentang tarikh ini.
"MND menggalakkan semua Majlis Bandaran untuk bekerjasama bagi memastikan peralihan yang lancar, supaya keperluan penduduk dapat terus dipenuhi," menurut kementerian tersebut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.