Dua lulusan diploma LASALLE sumbang kembali kepada masyarakat melalui seni
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Minat dan bakat dalam seni tidak digunakan untuk menempa nama diri sendiri sahaja.
Bahkan, dua lulusan Kolej Seni LASALLE memanfaatkannya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
Lulusan Diploma dalam Muzik Kolej Seni LASALLE, Heema Izzati misalnya telah memulakan satu program pada usia 10 tahun, bersama kakak-kakaknya, untuk memupuk minat dalam muzik bagi golongan yang memerlukan.
"Heartstrings adalah program untuk mengajar muzik kepada golongan rakyat yang tidak berkemampuan secara percuma. Saya dan kakak-kakak saya amat bertuah dapat belajar muzik tetapi kos untuk belajar muzik amat mahal. Saya berasa bahawa semua kanak-kanak, kalau mereka ada minat, harus diberi peluang untuk mengajar muzik untuk belajar muzik, sebab itu kita memulai Heartstrings," jelasnya.

Sebagai pemain bermacam-macam alat muzik, industri muzik bukanlah sesuatu yang baharu diselami Heema.
Malah, dia sudahpun mencipta namanya dalam industri muzik Singapura melalui kolaborasi bersama artis-artis tempatan mapan seperti Sezairi Sezali dan Rahimah Rahim.
Malah, Heema juga pernah membuat persembahan dalam Perbarisan Hari Kebangsaan 2025, serta mengeluarkan album sulungnya, 'Sleep When You're Tired' pada tahun yang sama.

Heema sudahpun mula melakarkan perancangannya dalam bidang muzik setelah tamat pengajian di LASALLE.
"Saya sekarang sudah sibuk di studio sedang merakam dan mengarang lagu baru tetapi yang paling penting, saya harap bakat saya dalam menyanyi dan mengarang muzik akan terbang jauh di merata dunia," katanya dengan penuh harapan.
Pencapaian dan usahanya diiktiraf dengan Anugerah Impak Masa Depan Kreatif oleh LASALLE pada majlis tamat pengajian Diploma Kolej Seni LASALLE pada Jumaat (14 Ogos) di Kampus McNally LASALLE.
Heema di kalangan 355 lulusan LASALLE yang menerima Diploma masing-masing.

IMPIAN MENJADIKAN SENI SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK BERI KESAN KEPADA MASYARAKAT
Seorang lagi lulusan diploma LASALLE yang berjaya ialah Dessa Nur Khair.

Lulusan Diploma dalam Seni Halus itu percaya bahawa seni ialah pemangkin yang boleh memberi kesan kepada masyarakat.
"Seni satu cara saya memahami diri saya. Saya percaya bahawa jika seni berupaya memperkasa diri dan pemulihan kepada saya, ia boleh lakukan yang sama untuk masyarakat meluas," kongsinya.
Dessa juga memperjuangkan untuk menjadikan seni lebih mudah diakses orang ramai.
"Salah satu impian saya ialah untuk membawa seni secara langsung kepada orang ramai berbanding mengharapkan mereka melawat galeri, sama ada di hospital, ruang-ruang masyarakat atau kawasan awam. Bila seni itu ada dalam kehidupan harian kita, ia menjadi sesuatu yang boleh dialami sesiapa sahaja tanpa gentar," ungkapnya lagi.
Dengan pendirian tersebut, Dessa sudahpun mula membawa seni kepada masyarakat melalui lukisan mural berskala besar di Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH).
Dessa juga telah meraih pujian di Festival Belia Singapura 2018 atas karyanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ak
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.