Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua lelaki didakwa tikam lelaki 22 tahun di Kampong Gelam

Anggaran Waktu Membaca:
Dua lelaki didakwa tikam lelaki 22 tahun di Kampong Gelam

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: CNA/Calvin Oh)

SINGAPURA: Dua lelaki akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (18 Mac) kerana dipercayai menikam seorang lelaki berusia 22 tahun di Aliwal Street di Kampong Gelam.

Pasangan tertuduh itu, seorang lelaki 22 tahun dan 23 tahun, akan didakwa atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Demikian menurut kenyataan polis pada Jumaat (17 Mac).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes itu di Aliwal Street pada Jumaat, sekitar pukul 2.57 pagi.

Pasangan tersebut didakwa terbabit dalam satu kes tikaman yang melibatkan seorang lagi lelaki berusia 22 tahun.

Mediacorp menghubungi pihak polis bagi mendapatkan maklumat lanjut, seperti senjata yang digunakan.

Mangsa dijumpai dengan luka yang dalam pada bahagian kanan dadanya dan dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng.

Beliau berada dalam keadaan sedarkan diri ketika itu, kata polis.

Polis kemudian menangkap dua lelaki tersebut selepas mengenal pasti identiti mereka menerusi siasatan susulan, serta gambar daripada polis dan kamera televisyen litar tertutup.

Mereka yang didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau dipenjara sehingga 15 tahun.

Mereka juga boleh dikenakan sebatan rotan atau didenda, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan