Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua lelaki diberkas; dituduh curi dari kuil di Upper Thomson

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua lelaki diberkas pada Rabu (28 Dis) kerana didakwa mencuri dari sebuah kuil Cina di Jalan Tambur di kawasan Upper Thomson.

Pasukan Polis Singapura (SPF) menerima aduan tentang insiden curi sekitar pukul 5.20 petang pada 22 Disember.

Suspek yang berumur 33 dan 43 tahun diberkas sekitar seminggu selepas kejadian di Lorong 14 Geylang dengan pertolongan imej televisyen litar tertutup (CCTV).

Dua lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes pencurian yang serupa di Singapura pada Disember, menurut SPF.

Sekitar S$11,900 wang tunai dan peralatan yang dipercayai digunakan suspek dirampas.

Jalan Tambur ialah lokasi kuil Tao Hokkien yang dikenali sebagai Kiew Lee Tong yang diwartakan untuk pemuliharaan pada 2014.

Suspek akan didakwa di mahkamah pada Khamis (29 Dis).

Jika sabit kesalahan mencuri di kediaman, mereka boleh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan