Dua lelaki diberkas atas kesalahan pemalsuan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)
SINGAPURA: Dua lelaki dikehendaki polis sejak dua tahun lalu atas kesalahan pemalsuan diberkas dan didakwa di mahkamah pada Isnin (26 Dis).
Seorang daripada mereka, Nelson Loh, sebelum ini terkait dalam percubaan untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United.
Diberkas bersama dengan Loh, bekas pengarah Novena Global Healthcare Group (NGHG) dan syarikat berkaitan, adalah Michael Wong, seorang pekerja NGHG yang bekerjasama dengannya. Kedua-dua warga Singapura yang berusia 43 tahun itu meninggalkan Singapura pada awal September 2020.
Namun, tidak lama selepas itu, polis menerima laporan bahawa tandatangan pada beberapa penyata kewangan NHGH kepada firma perakaunan Ernst & Young dipalsukan.
Mereka didakwa memalsukan penyata kewangan NGHG yang diaudit pada 2019, dan menggunakan penyata tersebut untuk mendapatkan pinjaman bank berjumlah S$18 juta, menurut kenyataan polis hari ini.
Loh muncul dalam berita pada 2020 apabila dia menjadi sebahagian daripada tiga orang pelabur yang ingin membeli Newcastle United. Perjanjian itu tidak menjadi kenyataan.
Setelah dua lelaki itu meninggalkan Singapura, waran tangkap dan notis merah Interpol dikeluarkan untuk memberkas mereka. Polis Singapura menyatakan bahawa mereka kembali ke Singapura pada 24 Disember hasil kerjasama dan bantuan rakan sejawatan mereka di China.
Mereka ditangkap oleh Jabatan Hal Ehwal Komersil pada hari yang sama.
Notis merah Interpol ialah permintaan oleh negara anggota untuk mencari dan menangkap seseorang berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh negara anggota.
Kedua-dua lelaki didakwa atas dua tuduhan melakukan kesalahan pemalsuan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komersial David Chew berkata: “Polis akan melakukan apa sahaja yang diperlukan dan dibenarkan di sisi undang-undang untuk menahan dan menghantar pulang individu yang bersembunyi di luar negara, untuk dihukum di Singapura.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.