Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua lelaki akan didakwa kerana bawa senjata di tempat awam; lagi 2 diberkas

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua lelaki akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (21 Mei) kerana membawa senjata serangan di tempat awam. 

Mereka adalah antara tiga lelaki yang diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu serangan, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat (20 Mei). 

Seorang lagi lelaki, 43 tahun, ditangkap kerana dipercayai terbabit dengan melindungi seorang pesalah, yang merupakan salah seorang daripada tiga  lelaki yang diberkas kerana melakukan serangan. 

Polis dimaklumkan tentang kes serangan di Madras Street pada Khamis (19 Mei) pada sekitar 5.05 pagi. Mangsa mengalami luka dikelar, tetapi enggan dibawa ke hospital.

"Dia kemudian menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari sebuah hospital," menurut polis. 

Ketiga-tiga lelaki itu ditangkap pada hari yang sama. 

Mereka yang membawa senjata serangan di tempat awam berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan. 

Polis menyatakan siasatan terhadap kes lelaki ketiga sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan