Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua lagi pusat penjaja benarkan 5 pelanggan lengkap divaksin duduk semeja, 19 lagi ditambah jelang 29 Nov

Dua lagi pusat penjaja dibenarkan menerima kumpulan pelanggan yang lebih besar, iaitu sehingga lima orang yang lengkap divaksin. Ini naik daripada 11 pusat sebelumnya, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (26 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Dua lagi pusat penjaja benarkan 5 pelanggan lengkap divaksin duduk semeja, 19 lagi ditambah jelang 29 Nov

Pelanggan di Pusat Penjaja Maxwell pada 1 Sep 2021. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 26 Nov 2021 04:35PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 04:37PM

SINGAPORE: Dua lagi pusat penjaja dibenarkan menerima kumpulan pelanggan yang lebih besar, iaitu sehingga lima orang yang lengkap divaksin. Ini naik daripada 11 pusat sebelumnya, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (26 Nov).

Pusat Makanan Taman Jurong dan pusat penjaja di Blok 137 Tampines Street 11 ditambahkan ke dalam senarai setelah meletakkan pemeriksaan vaksinasi di pintu-pintu masuk.

19 pusat penjaja lain turut akan disertakan dalam hari-hari mendatang sedang pemeriksaan vaksinasi dilaksanakan secara bertahap, menurut lelaman NEA.

Mulai Sabtu, Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Panjang boleh mula menerima sehingga lima pelanggan lengkap divaksin makan semeja.

18 pusat penjaja lain akan dibuka kepada kumpulan yang lebih besar mulai Isnin. Berikut senarai lokasinya:

  • Pusat Penjaja Yishun Park
  • Pusat Makanan Maxwell
  • Pasar Tanglin Halt
  • Pusat Makanan Chomp Chomp
  • East Coast Lagoon Food Village
  • Pusat Makanan Adam
  • Pasar Commonwealth Crescent
  • Blok 51 Old Airport Road
  • Blok 117 Aljunied Avenue 2
  • Blok 13/14 Haig Road
  • Blok 4A Eunos Crescent
  • Blok 4A Jalan Batu
  • Blok 50A Marine Terrace
  • Blok 79/79A Circuit Road
  • Blok 80 Circuit Road
  • Blok 84 Marine Parade Central
  • Blok 89 Circuit Road
  • Blok 104/105 Yishun Ring Road

Selain pusat-pusat penjaja, tujuh kedai kopi juga dibenarkan menerima kumpulan sehingga lima pelanggan yang lengkap divaksinasi.

Baki pusat penjaja dijangkakan dapat menerima kumpulan pelanggan yang lebih besar menjelang hujung November, menurut NEA. Sementara itu, had kumpulan lebih kecil sehingga dua pelanggan divaksin terus berkuatkuasa.

Para pelanggan boleh menunjukkan status vaksinasi mereka menerusi aplikasi TraceTogether atau mengimbas token TraceTogether untuk memasuki pusat-pusat penjaja.

"Individu yang lengkap divaksin atau yang layak akan diberi pelekat untuk dikenal pasti sebagai dibenarkan makan, manakala mereka yang tidak divaksin atau belum divaksin sepenuhnya hanya boleh membeli makanan untuk dibawa pulang," tulis NEA dalam satu catatan di Facebook.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah boleh menyertai kumpulan pelanggan tersebut.

Sumber : CNA/IH/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa