Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua lagi produk aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik sebab ada racun perosak

Aiskrim 'Cookies and Cream' Haagen Dazs dan cawan mini berperisa 'Belgian Chocolate' ditarik balik kerana mengandungi racun perosak ethylene oksida.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua lagi produk aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik sebab ada racun perosak

Dua produk aiskrim Haagen-Dazs yang ditarik balik. (Gambar: SFA)

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat (5 Ogos) mengarahkan dua lagi produk aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik disebabkan kewujudan ethylene oksida, iaitu racun perosak yang tidak dibenarkan digunakan dalam makanan.

Ini menyusuli langkah menarik balik dua produk aiskrim lain Haagen Dazs bulan lalu.

Produk-produk yang terjejas termasuk aiskrim Cookies and Cream Haagen Dazs dalam kontena 473ml dengan tarikh luput 27 Mei 2023 dan koleksi cawan mini berperisa Belgian Chocolate 100ml dengan tarikh luput 8 Jun 2023.

Kedua-dua produk itu datang dari Perancis.

"Meskipun tiada risiko segera bagi pengambilan makanan yang tercemar dengan paras rendah ethylene oksida, pendedahan jangka panjang boleh menyebabkan isu kesihatan," menurut SFA.

Agensi berkenaan menyatakan pendedahan kepada bahan ethylene oksida "harus dikurangkan sebanyak mungkin".

Langkah menarik balik produk-produk terjejas itu sedang dijalankan.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, pengimport aiskrim terjejas, Frosts Food & Beverage menyatakan menyusuli "usaha menarik balik secara sukarela" bagi aiskrim Vanila Haagen Dazs bulan lalu, pemilik jenama tersebut, General Mills, "sudah mengambil langkah berwaspada tambahan dengan melanjutkan skop tindakan ini kepada kumpulan aiskrim khusus berasaskan perisa vanila".

Ini termasuk dua aiskrim yang ditarik balik.

Tiada produk lain Haagen Dazs yang terjejas, dedahnya, sambil menambah produk-produk terjejas dijual di pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh Singapura.

SFA menasihatkan pengguna yang membeli produk-produk terjejas supaya tidak memakannya.

Agensi itu juga menasihatkan mereka yang sudah memakan produk terjejas itu dan mempunyai keprihatinan mengenai kesihatan mereka supaya mendapatkan nasihat perubatan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan