Dua lagi kematian di tempat kerja, termasuk pekerja dilanggar forklift di Loji Penyulingan Air Kranji
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: PUB
SINGAPURA: Dua lagi kematian di tempat kerja dilaporkan pada Ogos, termasuk seorang lelaki 65 tahun yang dilanggar forklift di Loji Penyulingan Air Kranji.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di tempat kerja kepada 36 tahun ini dengan lima dilaporkan pada Ogos.
Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Sabtu (27 Ogos).
Kejadian di Loji Penyulingan Air Kranji berlaku pada 25 Ogos.
Pekerja Singapura berusia 65 tahun itu dilanggar forklift ketika mengangkutnya ke lori.
"Ketika beliau mengikat forklift itu ke lori, forklift berkenaan tiba-tiba bergerak ke depan dan melanggarnya," menurut MOM sambil menambah pekerja itu dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat di mana beliau meninggal dunia pada hari yang sama.
Satu lagi kemalangan melibatkan seorang pekerja Bangladesh, 32 tahun yang bekerja sebagai juru ikat (rigger). Beliau meninggal dunia pada 26 Ogos semasa menurunkan bahagian kaki tiang.
"Semasa membuka ikatannya, muatan itu terjatuh dan menghempapnya," kata MOM.
"Pekerja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
MOM menyuarakan rasa "amat prihatin" dengan jumlah kematian di tempat kerja yang tinggi tahun ini.
MOM akan memperkenalkan langkah-langkah tambahan untuk mengukuhkan keselamatan di tempat kerja. Ia menambah lebih banyak maklumat akan diumumkan apabila semakan selesai dilakukan.
MOM sudah meningkatkan pemeriksaan di tempat kerja dan tindakan penguatkuasaan sejak April.

Pada Sabtu (27 Ogos), MOM menegaskan lagi bahawa majikan harus lebih bertanggungjawab ke atas keselamatan semua pekerja mereka.
"Semua kakitangan juga harus mengutamakan keselamatan mereka dan waspada terhadap amalan di tempat kerja yang tidak selamat serta melaporkannya kepada penyelia dan MOM," tambah MOM.
"MOM harap semua majikan dan penyelia akan memberi keutamaan kepada keselamatan kakitangan mereka. Majikan terlibat dalam kemalangan baru-baru ini diarah menghentikan semua kerja dan menyemak semula sistem dan proses mereka secara menyeluruh."

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.