Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua inisiatif baru pacu inovasi dalam industri sekitaran terbina

Tidak lama lagi, syarikat-syarikat dalam sektor sekitaran terbina akan mendapatinya lebih mudah untuk menguji huraian-huraian inovatif di bawah satu rangka kerja baru.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Sep 2020 09:18PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 09:25PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, syarikat-syarikat dalam sektor sekitaran terbina akan mendapatinya lebih mudah untuk menguji huraian-huraian inovatif di bawah satu rangka kerja baru.

Rangka Kerja Makmal Hidup Sekitaran Terbina membolehkan firma-firma menghantar cadangan bagi huraian kreatif dan diuji di kawasan-kawasan fizikal seperti di bandar Punggol dan Taman Tasik Jurong.

Ia juga berharap untuk memudahkan proses pentadbiran menerusi penyelarasan penghantaran cadangan supaya syarikat-syarikat tidak perlu pergi ke pelbagai agensi.

Selain itu kelonggaran sementara peraturan-peraturan mungkin diberikan supaya firma-firma dapat menghasilkan huraian yang jika tidak mungkin melanggar peraturan-peraturan yang ada.

Sebuah lagi rangka kerja turut diperkenalkan bagi melakarkan kemahiran yang diperlukan dan kemajuan kerjaya bagi sekitar 50 peranan dalam sektor tersebut.

Ia bertujuan menyediakan panduan bagi firma-firma untuk mengenal pasti keperluan latihan dan menyokong kakitangan mereka dalam haluan kerjaya mereka.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan