Dua individu akan didakwa curi barangan di Lapangan Terbang Changi, Jewel
Anggaran Waktu Membaca:
Jaket denim dan sebotol minyak wangi yang dipercayai dicuri oleh suspek dalam dua kes berasingan. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Britain dan wanita warga Poland akan didakwa pada Selasa (25 Ogos) berhubung dua kes kecurian berasingan di kedai di Jewel Changi Airport dan Lapangan Terbang Changi.
Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (24 Ogos).
Dalam kes pertama, polis dimaklumkan mengenai satu kes kecurian di sebuah kedai di Jewel Changi Airport sekitar 6.35 petang pada 14 Ogos 2024.
Siasatan awal mendapati seorang pembantu kedai menyedari sehelai jaket denim berwarna biru hilang daripada patung peragaan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki warga Britain berusia 26 tahun dipercayai mengambil jaket bernilai sekitar S$350 itu pada sekitar 3.55 petang sebelum meninggalkan kedai tanpa membuat bayaran.
Pegawai Divisyen Polis Lapangan Terbang (APD) berjaya mengenal pasti identitinya, namun lelaki itu sudah meninggalkan Singapura.
Suspek diberkas pada 15 Ogos 2026 selepas kembali ke Lapangan Terbang Changi ketika dalam perjalanan transit.
WANITA DIPERCAYAI CURI DUA BOTOL MINYAK WANGI
Dalam kes kedua, polis dimaklumkan mengenai satu kes kecurian di sebuah kedai di kawasan transit Terminal 1 Lapangan Terbang Changi sekitar 11.40 malam pada 11 Jun 2026.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita warga Poland dipercayai mengambil sebotol minyak wangi bernilai sekitar S$410 pada sekitar 8.25 malam sebelum meninggalkan kedai tanpa membuat bayaran.
Dengan bantuan rakaman CCTV, pegawai APD mengenal pasti dan memberkas wanita berusia 50 tahun itu di kawasan transit sebelum beliau berlepas.
Siasatan lanjut mendapati wanita tersebut juga dipercayai mencuri sebotol lagi minyak wangi bernilai sekitar S$400 dari sebuah kedai lain sekitar 10.55 malam pada hari yang sama.
Kedua-dua barangan itu berjaya ditemui semula.

BOLEH DIPENJARA HINGGA TUJUH TAHUN
Lelaki itu akan didakwa atas satu tuduhan kecurian di kediaman, manakala wanita tersebut berdepan dua tuduhan atas kesalahan sama.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
Polis menegaskan pihaknya memandang serius kes kecurian di kedai dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah.
"Pesalah tidak seharusnya menganggap mereka boleh mengelakkan daripada dikesan hanya dengan meninggalkan Singapura selepas melakukan kesalahan," menurut polis.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.