Dua ditangkap, vape bernilai S$5juta dirampas
Pihak berkuasa merampas vape dan komponen-komponennya bernilai lebih S$5 juta dalam satu serbuan pada 24 April lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: HSA)
SINGAPURA: Pihak berkuasa merampas vape dan komponen-komponennya bernilai lebih S$5 juta dalam satu serbuan pada 24 April lalu.
Rampasan itu adalah yang kedua terbesar bagi produk sedemikian tahun ini selepas operasi pada Mac di mana vape dan komponennya bernilai lebih S$6 juta dirampas.
Menurut satu kenyataan Penguasa Sains Singapura (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura pada Selasa (21 Mei), dalam serbuan di sebuah gudang di Taman Perusahaan Woodlands, pegawai ICA menemui lebih 400,000ribu vape dan komponennya.
Dua lelaki Thailand berusia 22 dan 30 tahun juga ditangkap.
Mereka didakwa di mahkamah pada 26 April lalu kerana tinggal di Singapura secara haram tanpa pas yang sah.
HSA mengingatkan bahawa sesiapa didapati bersalah atas pertuduhan mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk menjual vape di Singapura, boleh didenda sehingga S$10,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.