Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dua dekad selepas ikuti kursus pengadil, warga SG ini akan adili perlawanan Piala Dunia 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Dua dekad selepas ikuti kursus pengadil, warga SG ini akan adili perlawanan Piala Dunia 2022

(Gambar: Muhammad Taqi Aljaafari Jahari)

SINGAPURA: Masih lagi segar dalam ingatan Muhammad Taqi Aljaafari Jahari, 36 tahun, tentang panggilan telefon yang diterimanya pada Mei lalu.

Ketika itu beliau sedang dalam satu mesyuarat apabila mendapat tahun dirinya dipilih menjadi salah seorang daripada 129 pengadil perlawanan di Piala Dunia 2022 di Qatar.

"Saya begitu gembira sekali dan tidak dapat menahan emosi sehingga menitiskan air mata. Sejujurnya, saya tidak menyangka akan menggalas tugas itu kerana Singapura adalah negara yang kecil di dalam peta dunia," kata beliau.

"Ia sesuatu yang sangat saya harap-harapkan. Saya sudah bekerja keras untuk peranan itu.. Peranan anda mungkin sebagai pengadil, penolong pengadil, pengadil VAR atau pengadil simpanan. Namun setiap tugas yang diberikan dalam Piala Dunia mencerminkan kerja keras luar biasa yang anda sudah lakukan pada tahun-tahun lalu".

Taqi adalah antara 24 pegawai perlawanan yang bakal mengendalikan sistem video penolong pengadil (VAR), yang hanya digunakan buat kali kedua dalam kejohanan empat tahun sekali itu.

BERDEPAN TEKANAN

Pelibatan Taqi dalam dunia pengadilan bermula sejak pada usia 16 tahun.

Taqi yang mengasah kemahiran mengelecek bola di kolong blok diajak dua rakan sekolahnya untuk mengikuti satu kursus pengadil anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

"Apabila saya mengikuti kursus itu, ia untuk memahami lebih lanjut tentang permainan berkenaan. Tidak ada minat yang mendalam terhadap dunia pengadilan, hanya ingin belajar tentang peraturan permainan itu dan mengendalikan perlawanan di peringkat akar umbi iaitu di peringkat amatur," ujarnya, yang bergiat dalam sukan hoki di sekolah.

Namun dengan lebih banyak masa lapang selepas peperiksaan peringkat 'O', Taqi mula meluangkan masa dalam pengadilan.

Beliau kemudiannya mengendalikan perlawanan pertama dalam Liga S (kini Liga Perdana Singapura) pada 2006.

"Pada usia 19 tahun... lebih ramai remaja seperti saya lebih cednderung untuk membuat penampilan dalam pasukan negara atau pasukan peringkat usia sebagai pemain bola sepak," kata Taqi.

"Namun bagi saya ketika membuat penampilan sulung sebagai pengadil adalah satu tekanan kerana saya berdepan dengan pemain bola sepak yang sangat berpengalaman, tidak kita pemain tempatan atau pemain antarabangsa."
(Gambar: Twitter/FAS)
DARI SANTAI JADI KERJAYA

Sejak itu, minatnya menjadi pengadil berkembang daripada secara santai mengendalikan perlawanan persahabatan amatur kepada tahap profesional dalam liga tempatan dan di peringkat antarabangsa.

Beliau kini mempunyai beberapa tugasan berprofil tinggi sepanjang kerjayanya.

Tahun lepas, beliau adalah salah seorang pegawai perlawanan video pada perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan Olimpik Tokyo antara Brazil dengan Sepanyol.

Kerjayanya itu juga membawa beliau ke Piala Asia AFC dan Piala Dunia FIFA B-20.

Apapun tugas yang diserahkannya, Taqi berpegang pada satu moto - beri tumpuan pada pemain dan bukan pengadil.

Seperti mana-mana pemain dan jurulatih, beliau juga akur pengadil juga membuat kesilapan.

"Kesilapan juga berlaku dalam perlawanan. Seperti mana pemain membuat kesilapan contohnya, mereka terlepas peluang menjaringkan gol. Ia semua sebahagian daripada permainan yang berlaku," tambah beliau.

"Namun, apabila pengadil buat kesilapan, ia mendapat sorotan utama berita..", ujarnya.
(Gambar: Muhammad Taqi Aljaafari Jahari)
BERANGKAT KE QATAR

Pembahagian perlawanan hanya akan diumumkan lebih dekat dengan tarikh perlawanan, kata Taqi yang diwawancara Mediacorp sebelum beliau berangkat ke Qatar pada awal November.

Sebelum perlawanan Piala Dunia, pengadil harus menjalani latihan fizikal, teknikal dan teori.selama sekitar 10 hari.

"Sebagai sebahagian daripada latihan teori, pengadil menganalisa video perlawanan lalu dan "situasi" masa lalu bagi pasukan yang bermain di Piala Dunia, kata Taqi.

Perjalanan beliau sebagai pengadil tidak semuanya indah. Beliau terpaksa menelan beberapa pengajaran sukar pada awal kerjayanya serta menghabiskan banyak masa berjauhan dari keluarga.

"Ini adalah salah satu pengorbanan dan sebahagian daripada perjalanan menjadi seorang pengadil," tambah beliau.

Taqi tidak sabar untuk berjumpa pegawai pelawanan lain dari merata dunia semasa di Qatar.
(Gambar: Muhammad Taqi Aljaafari Jahari)
"Saya ada peluang untuk bertemu dengan pegawai terbaik dari seluruh dunia. Ini adalah peluang saya untuk bekerja dengan mereka, dan memahami cara mereka mengendalikan perlawanan," katanya.

Taqi berharap masanya di Qatar akan membuka jalan kepada lebih ramai pengadil tempatan.

Beliau akan menjadi warga Singapura yang kelima untuk mengendalikan perlawan di Piala Dunia, menurut badan induk bola sepak FIFA.

"Saya harap saya bukan wakil terakhir dari Singapura untuk dipilih ke persada dunia. Saya harap pada masa depan, kita ada pengadil yang lebih muda atau seseorang yang dapat lakukan lebih baik daripada saya."

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ secara langsung di meWATCH.

Anda boleh lungsuri mewatch.sg/fifaworldcup untuk mendapatkan butiran lanjut.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan