Dua Bazar Raya di Utara; tawar 240 gerai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Suasana menjelang Ramadan hangat dirasakan di kawasan utara dengan pelancaran Bazar Raya Utara.
Buat julung-julung kalinya juga, ia diadakan di dua lokasi, iaitu Woodlands dan Sembawang.
Bazar Raya Utara @ Woodlands Town dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Sabtu (9 Mac)
Bazar itu memang menjadi tumpuan ramai setibanya bulan Ramadan terutama sekali bagi penduduk-penduduk di kawasan utara.
Namun, buat julung kalinya, para penduduk mempunyai satu lagi pilihan dengan satu lagi Bazar di Sembawang.
Terdapat 170 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan runcit, termasuk pakaian tradisional dan yang popular dalam kalangan anak muda.
Bazar di Sembawang lebih sederhana dengan 70 gerai.
"Strateginya senang. Ikut citarasa mereka. Jadi mesti hidangkan juadah yang unik dan juga makanan tradisional yang mereka inginkan dan membuat suasana yang meriah. Tahun ini pertama kali kita mengendali bazar di Sembawang untuk kemudahan penduduk Sembawang. Saya rasa kita pun penduduk Woodlands kalau sudah bosan di sini boleh ke Sembawang. Yang dari Sembawang sudah biasa datang ke sini," kata Anggota Parlimen GRC Sembawang Cik Mariam Jaafar.
Satu tarikan unik kali ini adalah pameran yang menampilkan 27 lukisan kaligrafi termasuk lukisan al-Quran terbesar itu di dunia.
Ia karya Encik Abdul Ghafur Haji Tahir dari Malaysia.

"Kalau ada orang hendak beli, kita jual. Kalau hendak lelong, kita lelong sebab pameran ini kita perlu bajet untuk meneruskan perjuangan ini," kata Encik Ghafur.
Suasana di kedua-dua bazar itu juga lebih semarak dengan hiasan lampu Hari Raya berwarna-warni.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.