DSTA mesti bersedia hadapi lebih banyak risiko, perubahan radikal di tengah anjakan teknologi pertahanan
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kanan Lee Hsien Loong berucap di jamuan malam ulang tahun ke-25 DSTA pada 19 September 2025. (Gambar: CNA/Lim Li Ting)
SINGAPURA: Agensi Sains & Teknologi Pertahanan (DSTA) mesti lebih bersedia menghadapi risiko dan menimbangkan perubahan yang lebih radikal untuk bersaing dengan industri yang berkembang pesat, kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong pada Jumaat (19 Sep).
Ini termasuk membangunkan model pemerolehan baharu, melabur dalam lebih banyak eksperimen, serta pembangunan yang tangkas dan berterusan untuk mempercepatkan proses - yang akan menjadi “lebih kucar-kacir” dan kurang terkawal.
Namun, pendekatan sedemikian lebih sesuai dengan paradigma baharu teknologi yang berubah dengan pantas, serta konteks operasi baharu Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), kata SM Lee.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-25 DSTA, sebuah badan berkanun di bawah MINDEF.
Dalam ucaptamanya, SM Lee turut menekankan keperluan untuk DSTA berinovasi dan menghasilkan sistem pada rentak yang setara dengan kitaran teknologi yang semakin pantas.
Beliau juga menyatakan bahawa pemain baharu mengganggu model tradisional industri pertahanan, seperti syarikat teknologi Anduril, Palantir dan Helsing yang kini semakin mendapat perhatian.
Para pemain baharu bukan setakat meraih manfaat dengan berbelanja lebih besar daripada syarikat pertahanan tradisional, tetapi juga bergerak lebih pantas, katanya lagi.
Mereka mengutamakan platform berasaskan perisian, melaksanakan huraian “pantas dan ringkas”, serta melancarkan penambahbaikan secara berperingkat - dan bukannya menyasarkan produk yang sempurna sejak awal.
“REALITI BAHARU INOVASI PERTAHANAN"
Beliau turut menarik perhatian bahawa beberapa inovasi paling berjaya mungkin bermula dengan kos yang rendah, tidak formal atau daripada pasukan tentera di lapangan yang menggunakan teknologi dwiguna yang murah.
Menurut SM Lee, DSTA tidak boleh berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan apa yang dicapai selama ini, seperti menumpukan perhatian kepada produk bermutu tinggi atau menguji dan menyerahkan sistem yang "diharapkan sempurna dari awal, tetapi kadangkala tidak".
Dalam menimbangkan perubahan radikal, SM Lee berkata ini mungkin memerlukan peralihan organisasi seperti yang dicuba oleh Jabatan Perang Amerika Syarikat, yang sudah dinamakan semula, bersama dengan Unit Inovasi Pertahanannya.
Pertubuhan itu menumpukan kepada usaha mempercepatkan penggunaan teknologi komersial secara meluas dan pantas.
LEBIH FOKUS KEPADA DRON, KERJASAMA DENGAN SYARIKAT PEMULA TEMPATAN
Dalam ucapannya, SM Lee turut menarik perhatian kepada betapa pantas teknologi, konsep pertempuran dan taktik berubah - kadangkala dalam tempoh hanya beberapa minggu atau hari - seperti yang disaksikan dalam peperangan yang berlaku di Eropah dan Timur Tengah.
AI digunakan untuk memproses sejumlah besar data bagi menghasilkan maklumat risikan dan membuat keputusan dalam masa nyata; dron pula digunakan dengan lebih meluas, menyumbang kepada 70 peratus korban di medan perang di Ukraine.
Ini mengubah landskap peperangan; apa yang berlaku di medan pertempuran hari ini sangat berbeza berbanding ketika Rusia mula-mula menyerang Ukraine pada 2022, atau di Gaza semasa serangan Hamas ke atas Israel pada 2023.
“Kita mesti menjangka perkara yang sama akan berlaku pada kita jika kita terlibat dalam konflik,” kata SM Lee.
DSTA kini lebih memberi tumpuan kepada dron dan kaedah untuk menanganinya, bagi memastikan agensi itu menguasai bidang gangguan baharu ini.
Lebih banyak eksperimen juga dijalankan di lapangan, seperti yang dilihat dalam Latihan Forging Sabre yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat.
BAGAIMANA SAF DAN DSTA BOLEH BEKERJASAMA
Mengenai pemerolehan teknologi, SM Lee berkata mesti wujud "ketegangan sihat" antara DSTA dan anggota SAF.
Kakitangan SAF dan pemimpin mereka mesti memahami bukan sahaja keperluan misi, tetapi juga keupayaan teknologi. Mereka perlu tahu apa yang patut diminta daripada DSTA, memahami asas teknologi itu, dan juga mengiktiraf kompromi yang terlibat dalam permintaan mereka.
DSTA juga tidak seharusnya melihat agensi itu setakat sebagai "pembeli dan penghantar" bagi memenuhi permintaan SAF; sebaliknya, ia mesti membentuk pandangan bebas mengenai sama ada permintaan itu wajar atau boleh dipenuhi dengan cara yang lebih cekap dan berkesan dari segi kos.
Pada masa yang sama, agensi itu perlu pantas memberi amaran kepada SAF apabila teknologi baharu boleh mengganggu keseluruhan konsep operasi mereka.
Ia mesti bersedia untuk mempersoalkan pilihan yang perlu dibuat, “bukan setakat mengelak dan berharap ia dapat dihuraikan begitu sahaja”.
Selain memastikan ahli teknologi dan pengendali teknologi bekerjasama dengan rapat, sebahagian besar SAF, termasuk Anggota Perkhidmatan Negara (NSmen), juga perlu didedahkan kepada perubahan pesat dalam teknologi dan sistem senjata.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.