Skip to main content

Singapura

DSA pertingkat prasarana dengan lebih banyak peralatan fisioterapi & teknologi bantuan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Mar 2025 07:24PM Dikemas Kini : 21 Mar 2025 09:30PM
SINGAPURA: Persatuan Sindrom Down Singapura (DSA) mahu mempertingkatkan prasarananya - dengan menyediakan lebih banyak peralatan fisioterapi dan teknologi bantuan.

Ini sedang ia beralih tumpuan ke arah menyediakan khidmat bagi individu sindrom down yang semakin menua.

80 peratus kliennya kini berusia 35 tahun dan ke atas, iaitu usia di mana kemahiran dan keupayaan kognitif mereka merosot dengan ketara.

DSA menyatakan, program bantuan bagi warga emas dengan sindrom down masih kekurangan.

Program-program yang ditawarkan di Pusat Penuaan Aktif pula tidak sesuai dengan keperluan unik mereka.

Maka itu, DSA akan meningkatkan program mereka tersendiri, termasuk menyediakan bantuan bagi golongan dewasa sedemikian untuk hidup berdikari,berinteraksi dengan masyarakat dan memastikan jagaan mereka dalam jangka panjang.

Mengulas lanjut mengenai jurang yang ingin diisi dengan peralihan tumpuan dalam khidmat yang disediakan, Pengerusi DSA Alex Yan berkata: "Lazimnya individu sindrom down, mereka memerlukan perhatian yang amat khusus, dan kami tidak rasa, ada cukup orang yang boleh atau berpengalaman untuk menyediakan khidmat bagi golongan ini.

"Sebahagian daripada peningkatan khidmat kami adalah untuk melatih penjaga yang juga menua dan bagaimana untuk menjaga individu sindrom down yang menua," jelasnya.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita