Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dron penumpang bakal jadi kenyataan di S’pura?

Bayangkan anda sudah terlambat untuk ke tempat kerja dan belaku pula kesesakan trafik. Namun, anda mampu menangani masalah ini dengan menaiki teksi berupa dron.

Anggaran Waktu Membaca:
Dron penumpang bakal jadi kenyataan di S’pura?

Dron yang dihasilkan sekumpulan pelajar Politeknik Singapura mampu membawa penumpang. (Gambar: Politeknik Singapura)

Diterbitkan : 10 Mar 2018 10:54AM Dikemas Kini : 10 Mar 2018 10:57AM

SINGAPURA: Bayangkan anda sudah terlambat untuk ke tempat kerja dan belaku pula kesesakan trafik. Namun, anda mampu menangani masalah ini dengan menaiki teksi berupa dron.

Meskipun senario seperti ini wujud dalam cereka sains, nampaknya teknologi dron yang mampu membawa penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pembangunan Sistem Pesawat Tanpa Juruterbang (UAS) disebutkan di Parlimen oleh Menteri Kedua Pengangkutan Ng Chee Meng pada Rabu lalu (8 Mac).

"UAS mempunyai potensi besar untuk menghasilkan aplikasi-aplikasi inovatif dalam pelbagai industri," katanya. "Pada masa akan datang, UAS mampu membawa manusia (sebagai satu kenderaan yang terbang di udara), dan memperkenalkan dimensi baru kepada pengangkutan dalam bandar."

Dua institusi pendidikan di Singapura sudah mula meninjau penggunaan dron sebagai kenderaan dalam sektor pengangkutan awam. Salah satu daripadanya merupakan projek sekumpulan pelajar Politeknik Singapura yang dinamakan "DATUM". Projek itu dibentangkan hujung tahun lalu. Ia mampu membawa seorang penumpang dan berlegar-legar di udara selama lima minit.

Ia sudah diuji dengan menggunakan patung seberat 60 kilogram.

Malangnya, masalah bateri menghambat perkembangan teknologi canggih itu.

"Buat masa ini, dron untuk penumpang hanya mampu terbang selama 10 minit sebelum kehabisan kuasa," kata pensyarah kejuruteraan penerbangan dari Politeknik Singapura Reagan Chionh.

Menurutnya lagi, ia akan mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun sebelum teknologi dron dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk dijalankan di Singapura. Demikian menurut penyelidik dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Gopinath Menon.

"Ruang untuk dron yang membawa penumpang terbatas di Singapura... walaupun ia boleh dimanfaatkan dalam beberapa bidang seperti pengangkutan kecemasan," jelas beliau.

"Isu lain termasuk, landskap Singapura yang mempunyai banyak bangunan tinggi. Akan ada risiko keselamatan jika dron terbang begitu dekat dengan bangunan-bangunan itu.

"Mempunyai dron penumpang di Singapura... jika jumlahnya kecil, mungkin tidak akan jadi masalah. Tetapi jika ruang udara di Singapura dipenuhi dengan dron seperti itu, ia akan menjadi satu isu," tegas beliau.

Encik Gopinath juga menekankan bahawa akibatnya teruk sekali jika berlaku kemalangan. Ini kerana ia akan menjejas kawasan lebih besar berbanding kemalangan yang berlaku di darat.

Sekiranya penggunaan dron penumpang diluluskan di Singapura, ia akan diklafikasikan dalam kategori yang sama dengan helikopter seperti yang ditetapkan undang-undang Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan