Dron kalis air, robot panjat kapal diguna Polis Pengawal Pantai tangani ancaman maritim

(Gambar: CNA/Mak Jia Kee)
Pemerhatian itu tadi kemudian disampaikan kepada pasukan penyelam di bawah air. Ketika menghampiri sebuah kapal, mereka menggunakan robot yang mempunyai magnet untuk digunakan sebagai tangga supaya dapat menaiki bot.
Robot tersebut mencangkuk tangga ke bahagian tepi kapal, di mana penyelam dapat menaiki kapal dengan senyap. Selepas menaiki kapal tangki itu, mereka menuju ke bilik enjin, di mana mereka memberkas lanun dan mengawal kapaln tersebut.
Ia mungkin satu latihan yang dijalankan di Pangkalan Brani PCG, namun drone dan robot pendakian kapal itu adalah inovasi yang membantu unit itu memperbaiki operasinya.
MISI MARITIM RAHSI
Pasukan tersebut adalah daripada Skuadron Tugas Khas (STS) elit PCG, yang terdiri daripada anggota terlatih yang menjalankan misi rahsia dan khusus dalam persekitaran maritim pada waktu siang dan malam.
Mereka perlu cergas, kerana kerja mereka melibatkan aktiviti dalam air yang lasak, dalam keadaan yang ekstrim buat jangka panjang.
Anggota STS mahir dalam mengendalikan alat pendorong bawah air, sistem komunikasi canggih dan peralatan imej bawah air dan sonar yang canggih.
Pasukan itu juga memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk menjalankan operasinya, kata Superintendan Lee Ting Wei, ketua operasi dan keselamatan PCG.

"Salah satu alat baharu yang akan kami gunakan ialah dron Diodon, yang meningkatkan pengawasan udara pada masa nyata, manakala robot memanjat kapal SPYDER membantu dengan menaiki kapal secara taktikal dan senyap," katanya.
"Alat ini membolehkan STS memperoleh kelebihan taktikal, meningkatkan keselamatan dan kejayaan untuk operasi khas maritim yang sukar dan berisiko."
MATA DI LANGIT
Drone Diodon memberi anggota STS gambaran kawasan yang sukar untuk dilihat, kerana ia boleh bergerak lebih dekat dengan kapal sasaran dan menyediakan rakaman udara pada masa nyata serta gambar optik lebih tajam.
Ia juga boleh mengelak halangan seperti kapal lain yang boleh menghalang pandangannya, sekali gus memberi mereka pemahaman yang lebih komprehensif tentang persekitaran operasi.
Satu ciri unik adalah dron itu boleh dibuang ke dalam air dan dilancarkan dari dalam air. Walapun ia mendarat terbalik di permukaan air, ia boleh terbalik sendiri, sebelum berlepas ke langit.
Drone tersebut kini berada dalam fasa percubaan, dan sedang dinilai oleh Pusat Kepakaran Robotik, Automasi & Sistem Tanpa Pemandu Agensi Pasukan Home Team.
Selain memperbaiki pengawasan dan keupayaan untuk membuat keputusan, ia juga dijangka meningkatkan keselamatan dengan mengurangkan keperluan untuk menjalankan operasi perlindungan yang berisiko tinggi.
Ia juga boleh digunakan dengan cepat iaitu dalam seminit, dan dengan masa penerbangan selama 30 minit, ia memberi lebih banyak fleksibiliti operasi kepada STS di perairan.

MENAIKI KAPAL DENGAN CARA LEBIH BAIK
Satu lagi robot yang digunakan dalam operasi oleh STS ialah robot pendakian kapal, yang dinamakan SPYDER.
Ia menggunakan magnet untuk melekat pada badan kapal, sebelum ia naik menegak.
Ia tidak menggunakan wayar atau dibuat daripada beberapa bahagian, yang bermaksud fungsi dan cirinya boleh diubah mengikut keperluan operasi.
Oleh itu, alat SPYDER memberi anggota STS pilihan untuk menaiki kapal besar secara rahsia, dengan meletakkan tangga dengan cangkuk dari jauh untuk mencangkuknya pada tepi kapal.
Ia juga mengurangkan tenaga fizikal ketika menaiki pesawat, dan membolehkan anggota STS menumpukan perhatian pada aspek misi yang lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.