Skip to main content

Singapura

Dron dimanfaat periksa kerosakan pada permukaan bangunan

Pemeriksaan pada permukaan bangunan lama akan diwajibkan sekali setiap tujuh tahun mulai Januari tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Oct 2021 05:32PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 09:09PM

SINGAPURA: Pemeriksaan pada permukaan bangunan lama akan diwajibkan sekali setiap tujuh tahun mulai Januari tahun depan.

Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) menyatakan langkah itu supaya para pemilik bangunan boleh mengesan dan memperbaiki sebarang kerosakan dengan segera.

BCA juga melakarkan satu garis panduan tentang penggunaan dron untuk pemeriksaan itu.

MANFAAT DRON BAGI BANGUNAN TINGGI

Bagi bangunan tinggi, kerja-kerja pemeriksaan untuk mengesan isu seperti panel longgar atau kemerosotan dalam mutu bahan yang digunakan adalah satu cabaran besar.

Inilah sebabnya syarikat-syarikat semakin menggunakan dron untuk membantu mengenal pasti kerosakan.

BCA bagaimanapun melakarkan garis panduan untuk melindungi privasi penduduk yang kurang senang dengan kamera dron itu.

Ini termasuk langkah-langkah untuk mencegah akses tidak sah serta penggunaan gambar dan rakaman video.

Para pegawai juga mesti menjalani latihan untuk lebih memahami pelbagai sistem permukaan dan bahan-bahan yang digunakan.

BCA menambah hampir 150 pegawai sudah menerima pentauliahan sejak bulan lalu.

Rejim Pemeriksaan Permukaan Bertempoh juga akan dikenakan ke atas bangunan yang berusia lebih 20 tahun dan sekurang-kurangnya setinggi 13 meter.

Rumah berhalaman dan bangunan sementara dikecualikan daripada keperluan itu.

Sekitar 30,000 bangunan akan diperiksa dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Peraturan baru itu diperkenalkan sejak beberapa insiden berlaku melibatkan permukaan bangunan.

Dua bulan lalu, beberapa bahagian bumbung konkrit jatuh dari sebuah bangunan perusahaan di Bedok.

Secara purata, 24 kes permukaan bangunan yang terkopak dilaporkan kepada BCA setiap tahun.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita