Dron 5G diuji buat pertama kali di pesisiran pantai S'pura
Satu ujian sulung dron menggunakan rangkaian 5G akan dijalankan di kawasan pesisiran pantai Singapura.
SINGAPURA: Satu ujian sulung dron menggunakan rangkaian 5G akan dijalankan di kawasan pesisiran pantai Singapura.
Ia merupakan sebahagian daripada ujian perintis bagi penggunaan inovatif 5G dalam industri maritim.
Dron-dron Airbus itu akan diterbangkan di dalam kawasan Estet Dron Maritim Singapura dekat Marina South Pier.
Dron-dron tersebut pertama kali membuat kemunculan tahun lalu dalam ujian penghantaran dari kapal ke kawasan luar pesisir dengan menggunakan rangkaian 4G.
Kini dengan teknologi 5G oleh syarikat telko M1, ujian yang bakal dijalankan itu bertujuan membantu syarikat-syarikat dan penyedia rangkaian memahami penggunaan dron dengan selamat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.