Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dream Cruises sambut penumpang ke 100,000 sejak pelayaran perintis

Dream Cruises dan Pusat Persiaran Marina Bay Singapura (MBCCS) menerima pengunjung yang ke-100,000 pada Jumaat (12 Mac) sejak khidmat kapal persiaran kapal itu mula beroperasi pada November lalu, menurut Dream Cruises dalam satu kenyataan media pada Selasa (16 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dream Cruises dan Pusat Persiaran Marina Bay Singapura (MBCCS) menerima pengunjung yang ke-100,000 pada Jumaat (12 Mac) sejak khidmat kapal persiaran kapal itu mula beroperasi pada November lalu, menurut Dream Cruises dalam satu kenyataan media pada Selasa (16 Mac).

Sebagai penumpang yang bertuah itu, Encik Amin Abdul Rahim sekeluarga diberikan beberapa hadiah dan cenderahati termasuk dipindahkan ke tempat penginapan The Palace bagi perjalanan yang bakal dilalui.

"Kami sekeluarga terkejut dan sangat berbesar hati menjadi penumpang ke-100,000 di kapal persiaran ini kerana ini adalah kali pertama kami menaiki kapal World Dream.

"Kami mendengar banyak perkara baik tentang persiaran ini dan kami sangat teruja mencuba hidangan Halal yang sangat penting untuk kami.

"Kami juga tidak sabar untuk menginap di The Palace dan sangat teruja untuk berkongsi pengalaman bersama keluarga dan teman-teman kami," kata Encik Rahim.

The Palace merupakan tempat penginapan mewah di atas kapal Dream Cruises yang menawarkan pengalaman tempat tinggal seperti di sebuah butik hotel dengan ciri-ciri eksklusif di sebuah rumah kelab privet.

(Gambar: Dream Cruises)

Para penumpang juga dapat bercuti di atas kapal dengan penuh keselesaan dengan tawaran hebat yang bermutu tinggi.

Memandangkan perjalanan ke luar negara masih disekat, Dream Cruises menawarkan pengalaman khas bertema iaitu Super Seacations di atas kapal persiaran World Dream yang memaparkan pengalaman seolah-olah bercuti ke beberapa destinasi pelancongan popular di atas kapal itu.

Selain itu, para penumpang dapat menikmati juadah dan budaya Korea Selatan menerusi tema 'Rhythm of Korea' sehingga 31 Mac ini yang diikuti dengan pengalaman seolah-olah bercuti di Thailand menerusi tema 'Amazing Thailand' yang bakal diadakan mulai 31 Mac hingga 28 Mei.

"Setelah merintis khidmat persiaran secara selamat di Singapura, kami teruja menjadi sebahagian daripada peristiwa penting ini untuk meraikan pengunjung ke-100,000 di MBCCS sejak program ini bermula dan yang menaiki kapal persiaran World Dream pada 12 Mac 2021. Kami berharap dapat terus mengalu-alukan ketibaan lebih ramai penduduk Singapura di atas kapal World Dream sepanjang tahun ini," kata Presiden Dream Cruises, Michael Goh.

Sehubungan itu, World Dream juga baru-baru ini adalah kapal persiaran pertama di dunia yang menerima Pensijilan Pencegahan Jangkitan - Maritim (CIP-M) selama tiga tahun dari DNV, melengkapi pensijilan CruiseSafe yang diberikan oleh Lembaga Pelancongan SIngapura dan DNV.

"Peristiwa penting ini menunjukkan kemajuan yang dicatatkan oleh Dream Cruises dalam melakarkan laluan baru bagi persiaran secara selamat dan mengembalikan semula keyakinan para penumpang.

"Kami gembira dengan usaha yang dijalankan oleh syarikat persiaran itu bagi memastikan tahap waspada berterusan dan pematuhan langkah kesihatan di atas kapal, supaya pengalaman menaiki kapal persiaran adalah selamat seperti melakukan kegiatan darat.

"Kami akan terus bekerjasama dengan industri untuk memajukan lagi sebab-sebab pelancongan persiaran di Singapura dan di rantau ini," kata Pengarah, Persiaran, Lembaga Pelancongan Singapura, Annie Chang.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan