Dr Vivian Balakrishnan serahkan bantuan ketiga SG untuk Gaza di Jordan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu perwakilan Singapura yang dipimpin Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan kini berada di Jordan, bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan terbaharu Singapura untuk Gaza.
Operasi tersebut sejajar dengan sokongan Singapura agar satu gencatan senjata serta-merta dikuatkuasakan bagi perang Israel-Hamas.
Ia merupakan kiriman bantuan yang ketiga dari Singapura, dan buat pertama kalinya dihantar melalui Jordan.

Atas undangan kerajaan Jordan, pesawat RSAF dikerahkan untuk meggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara.
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berada di Jordan untuk menyaksikan secara peribadi penyerahan bantuan.
Menurut beliau, ia mencerminkan keprihatinan mendalam Singapura terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.
Selain usaha menyelamatkan nyawa menerusi kiriman bantuan secara langsung, Dr Balakrishnan juga melahirkan harapan bahawa usaha diplomatik yang berterusan dapat mencapai gencatan senjata dengan segera.
Ini agar usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan juga dapat dipercepatkan.
Dua kiriman bantuan sebelum ini dihantar melalui Mesir.
Ia termasuk bekalan perubatan, makanan dan minuman kepada penduduk Gaza.
Semasa berkongsi rancangan mengirim bantuan ketiga tersebut di Parlimen, Dr Balakrishnan turut mengutuk keganasan yang berlaku di Gaza.

Walaupun Singapura mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri, beliau menyifatkan tindak balas tentera Israel sebagai "keterlaluan".
Singapura juga tetap pada pendiriannya, bahawa huraian dua negara adalah jalan keluar terbaik bagi mencapai kedamaian.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.