Dr Vivian Balakrishnan sampaikan ucapan tahniah pemimpin SG kepada bakal Presiden Prabowo Subianto
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, mengucapkan tahniah kepada bakal Presiden Indonesia, Prabowo Subianto semasa pertemuan mereka. (Gambar: KEMHAN)
Ucapan Dr Balakrishnan itu disampaikan bagi pihak Presiden Tharman Shanmugaratnam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Kanan Teo Chee Hean.
Menerusi catatan di Facebooknya pada Selasa (23 Apr), Dr Balakrishnan berkata, Encik Prabowo sudah menjadi rakan setia Singapura, dan adalah satu penghormatan untuk bertemu dengannya semula.
Demikian dikongsi Dr Balakrishnan yang kini berada di Indonesia bagi lawatan rasmi hingga Jumaat ini.
Selama beberapa dekad, Encik Prabowo juga memberikan sumbangan yang tidak terhitung untuk membina persahabatan, persefahaman dan kerjasama antara Singapura dengan Indonesia.
Kedua-dua pemimpin tersebut membincangkan kesan isu-isu strategik global ke atas rantau ini dan mengesahkan hubungan dua hala yang sangat baik.
Banyak lagi boleh Singapura dan Indonesia bangunkan bersama pada masa hadapan, terutama sekali dalam bidang ekonomi hijau dan digital.
Dalam catatan berasingan, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, menzahirkan rasa besar hati kerana dapat mengadakan pertemuan dengan mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang sudah dikenali selama dua puluh tahun.
Dr Balakrishnan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia Airlangga Hartarto.
Selama bertahun-tahun, Dr Balakrishnan bekerja rapat dengan Encik Airlangga dan pasukannya untuk melancarkan dan mengembangkan inisiatif-inisiatif ekonomi yang saling menguntungkan kedua-dua negara.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.