Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Vivian Balakrishnan lakukan lawatan rasmi ke Timur Tengah dari 19 hingga 23 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Vivian Balakrishnan lakukan lawatan rasmi ke Timur Tengah dari 19 hingga 23 Mac

Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan. (Gambar fail: Mediacorp)

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan membuat lawatan rasmi lima hari ke Timur Tengah mulai Sabtu (19 Mac) hingga 23 Mac.

Dr Balakrishnan akan melawat Bahrain, Wilayah Palestin dan Israel.

Demikian menurut kenyataan media Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat (18 Mac). 

MFA menyatakan lawatan Dr Balakrishnan akan itu mengesahkan hubungan mesra yang terjalin antara Singapura dengan rakan kongsinya di Timur Tengah.

Beliau akan diiringi Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan, Rahayu Mahzam, serta pegawai dari Kementerian Luar.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan