Skip to main content

Singapura

Dr Vivian Balakrishnan lakukan lawatan rasmi 5 hari ke Timor Leste

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Jul 2023 06:55PM Dikemas Kini : 22 Jul 2023 09:56PM
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan akan melakukan lawatan rasmi ke Timor Leste mulai Ahad (23 Jul).

Sepanjang lawatannya selama lima hari, Dr Balakrishnan akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin kanan negara itu termasuk Perdana Menteri Xanana Gusmão dan Presiden José Ramos-Horta.

Selain itu, Dr Balakrishnan akan mengunjungi pertubuhan-pertubuhan bukan pemerintah dan syarikat-syarikat kendalian Singapura di ibu kota Dili.

Dr Balakrishnan juga akan merasmikan pelancaran Persatuan Masyarakat Singapura di sana.

Beliau akan diiringi oleh para pegawai dari Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita