Dr Vivian Balakrishnan lakukan lawatan kerja seminggu ke AS
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan. (Gambar fail: Mediacorp)
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan melakukan lawatan kerja seminggu ke Amerika Syarikat (AS) bermula Rabu (14 Jun).
Sepanjang lawatan tersebut, beliau akan bertemu dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.
Lawatan itu bertujuan mengukuhkan lagi pelbagai aspek dan hubungan yang teguh antara kedua-dua negara.
Ketika di Washington DC, Dr Balakrishnan akan membincangkan cara-cara untuk memajukan lagi kerjasama dalam bidang baru dan yang sedang berkembang.
Di New York, beliau akan menyampaikan Kenyataan Negara Singapura semasa persidangan antara kerajaan bagi melindungi biodiversiti marin.
Beliau juga akan bertemu dengan Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Sumber : CNA/NM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.