Dr Vivian Balakrishnan bertemu para pemimpin Denmark di Copenhagen
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan mengesahkan hubungan kukuh yang sudah lama terjalin antara Singapura dengan Denmark semasa melakukan lawatan empat hari ke negara itu.
Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan. (Gambar fail: Tobias SCHWARZ / POOL / AFP)
Beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Denmark di Copenhagen termasuk Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan Denmark.
Para pemimpin menekankan betapa pentingnya memastikan kebebasan pelayaran untuk perdagangan maritim, termasuk di Laut Merah.
Mereka juga saling bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.
Perbincangan yang diadakan juga tertumpu kepada cara-cara untuk mengukuhkan kerjasama dalam mengurangkan pengeluaran gas dalam bidang perkapalan dan menubuhkan koridor hijau untuk perkapalan.
Para pemimpin juga mengalu-alukan jalinan kerjasama dalam bidang-bidang seperti tenaga yang diperbaharui dan pembangunan mampan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.