Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Vivian Balakrishnan bertemu Agong, Menteri Luar M'sia; sahkan hubungan dua hala cemerlang

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia mengesahkan lagi hubungan dua hala yang cemerlang antara kedua-dua negara.

Pengesahan itu dibuat dalam pertemuan dua hala antara Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dengan para pemimpin Malaysia pada hari kedua lawatan empat hari beliau ke negara jiran itu.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Isnin (16 Jan).

Dr Balakrishnan mengunjungi Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah di Istana Negara di mana kedua-dua pemimpin mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Dalam pertemuan bersama rakan sejawatannya Dr Zambry Abdul Kadir pula, Dr Balakrishnan menarik perhatian terhadap kemajuan baik dalam projek Kereta Api Laju Johor Bahru-Singapura.

Kedua-dua pemimpin juga mengalu-alukan pelancaran projek itu pada penghujung 2026.

Mereka juga membincangkan bagaimana kedua-dua negara boleh mengeratkan kerjasama termasuk dalam bidang baru seperti ekonomi digital dan hijau.

Dr Balakrishnan turut menjemput Dr Zambry untuk mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dalam masa terdekat.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan