Skip to main content

Singapura

Dr Vivian Balakrishnan akan sampaikan kenyataan SG di Perhimpunan Agung PBB pada 26 Sep

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan menghadiri sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dari Selasa (22 Sep) hingga 28 September.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Vivian Balakrishnan akan sampaikan kenyataan SG di Perhimpunan Agung PBB pada 26 Sep

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan menyampaikan kenyataan Singapura di sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB di ibu pejabat PBB di New York pada 28 September 2025. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 21 Sep 2026 07:19PM Dikemas Kini : 22 Sep 2026 11:14AM
Dr Vivian Balakrishnan to deliver Singapore's statement at the UN General Assembly on Sep 26
  • Minister for Foreign Affairs Vivian Balakrishnan is attending the 81st session of the UN General Assembly in New York from Sep 22 to 28 with MFA officials.
  • He is scheduled to deliver Singapore's statement on Sep 26 and host events for the Global Governance Group and the Forum of Small States.
  • Dr Balakrishnan also co-chaired an ASEAN-GCC meeting with Bahrain's Foreign Minister and attended several other high-level meetings.
  • The visit aims to strengthen cooperation, discuss geopolitical and emerging issues, and includes meetings with UN and United States officials as well as counterparts.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan menghadiri sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dari Selasa (22 Sep) hingga 28 September.

Beliau akan menyampaikan kenyataan Singapura pada perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB pada Sabtu (26 Sep), menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin.

Dr Balakrishnan, yang akan diiringi para pegawai MFA, turut akan menganjurkan beberapa acara peringkat tinggi.

Antaranya ialah mesyuarat menteri Kumpulan Pentadbiran Global (3G) dan satu majlis bagi Forum Negara-Negara Kecil.

3G merupakan kumpulan yang dianggotai negara-negara kecil dan sederhana dalam PBB dan bertujuan memperkukuh kerjasama serta meningkatkan ketelusan dan perundingan.

HADIRI BEBERAPA MESYUARAT PERINGKAT TINGGI

Dr Balakrishnan juga akan mempengerusikan bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bersama Menteri Luar Bahrain Abdullatif Rashid Al Zayani.

Beliau turut akan menghadiri Mesyuarat Menteri ASEAN-Perikatan Pasifik.

Dr Balakrishnan juga akan mewakili Singapura di Mesyuarat Pemimpin Perikatan Negara-Negara Pulau Kecil, Mesyuarat Menteri Peringkat Tinggi Perikatan Global bagi Pelaksanaan Huraian Dua Negara serta Mesyuarat Peringkat Tinggi Inisiatif Pembangunan Global.

Beliau juga dijadual menyampaikan ucapan di Asia Society serta bertemu para penggubal dasar dan ahli akademik bagi membincangkan perkembangan geopolitik serantau serta isu-isu baharu.

Dr Balakrishnan dijangka turut mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatannya serta para pegawai PBB dan Amerika Syarikat.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita