Dr Vivian Balakrishnan akan lakukan lawatan kerja ke Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan bersama Presiden Indonesia Joko Widodo semasa satu lawatan kerja ke Jakarta pada Julai 2019. (Gambar: MFA)
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan akan melakukan lawatan kerja ke Jakarta dari 23 hingga 26 Apr.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Isnin (22 Apr).
Lawatan Dr Balakrishnan akan "menegaskan lagi persahabatan dan kerjasama erat antara Singapura dan Indonesia selama ini dan mencerminkan tekad kedua-dua pihak untuk mengukuhkan lagi kerjasama," tambah kementerian itu.
Dr Balakrishnan akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo dan akan dihoskan oleh rakan sejawatannya Retno Marsudi.
Dr Balakrishnan juga akan mengadakan pertemuan dengan bakal Presiden Indonesia, iaitu Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.
Encik Prabowo memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 14 Feb lalu dengan hampir 60 peratus undi, menurut Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU). Beliau dijangka akan mengambil alih jawatan presiden pada Okt ini.
Selain itu, Dr Balakrishnan juga akan bertemu dengan pegawai-pegawai Indonesia yang lain seperti Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia Airlangga Hartarto, Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia Sandiaga Uno, dan
Menteri Agraria dan Tata Ruang Indonesia Agus Harimurti Yudhoyono.
Beliau turut dijangka akan mengadakan pertemuan dengan mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Cik Megawati Soekarnoputri.
Dr Balakrishnan akan diiringi oleh para pegawai daripada MFA dalam lawatannya itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.