Dr Vivian Balakrishnan akan ke M'sia esok, jumpa PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan. (Gambar fail: MFA)
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan ke Malaysia dari Ahad (15 Jan) hingga Rabu (18 Jan).
Lawatan selama empat hari itu menandakan lawatan rasmi pertamanya ke negara itu sejak Encik Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November tahun lalu.
Dr Balakrishnan akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menurut Kementerian Ehwal Luar semalam (13 Jan).
Kementerian itu menyatakan bahawa lawatan Dr Balakrishnan "mengesahkan persahabatan yang lama terjalin dan hubungan rapat antara Singapura dengan Malaysia, dan bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dengan kerajaan Malaysia yang baru".
Dr Balakrishnan juga akan bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan ahli politik dan personaliti Malaysia yang lain, tambah MFA.
Dr Balakrishnan akan diiringi oleh pegawai dari MFA.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.