Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Vivian Balakrishnan adakan lawatan kerja ke Itali bagi hadiri mesyuarat G20

Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan kerja ke Itali mulai esok (27 Jun) hingga 1 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Vivian Balakrishnan adakan lawatan kerja ke Itali bagi hadiri mesyuarat G20

Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan. (Gambar fail: Mediacorp)

Diterbitkan : 26 Jun 2021 09:11PM Dikemas Kini : 26 Jun 2021 09:13PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan kerja ke Itali mulai esok (27 Jun) hingga 1 Julai.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (26 Jun).

Semasa lawatan kerja selama lima hari itu, Dr Balakrishnan akan menghadiri Mesyuarat Menteri bagi Gabungan Global untuk Menumpaskan ISIS. Mesyuarat yang diadakan di Rom itu akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Ehwal Luar Itali merangkap Kerjasama Antarabangsa Luigi di Maio dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken.

Menurut Jabatan Negara AS, para menteri di mesyuarat itu akan membincangkan cara-cara untuk mengekalkan tekanan ke atas saki-baki ISIS di Iraq dan Syria serta melenturkan rangkaian ISIS di tempat-tempat lain.

Dr Balakrishnan kemudian akan menghadiri Mesyuarat Menteri Ehwal Luar dari 19 negara dan Kesatuan Eropah Ehwal Luar (G20), Sesi Bersama Menteri Luar dan Pembangunan dan Sesi Menteri Pembangunan di Matera di selatan Itali.

Menurut MFA, Dr Balakrishnan akan menghadiri semua mesyuarat itu atas undangan Menteri di Maio dalam bidang kuasa Itali selaku Presiden G20.

"Singapura adalah Penasihat Kumpulan Tadbir Urus Sejagat, yang terdiri daripada 30 anggota kecil dan sederhana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerap menyumbang dalam perbincangan G20," tambah kementerian itu.

Mesyuarat G20 itu akan tertumpu kepada usaha memperkukuhkan perikatan berbilang negara, tadbir urus global, keselamatan makanan dan pemulihan yang mampan di negara-negara membangun, terutama dalam keadaan pandemik COVID-19, menurut MFA.

Dr Balakrishnan juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan sejawatannya dari negara-negara lain. Beliau akan diiringi oleh para pegawai dari MFA.

Lawatan menteri itu ke Itali dibuat menyusuli lawatan rasmi beliau ke Hanoi dari 20 hingga 23 Jun.

Semasa lawatan tersebut, Singapura dan Vietnam membincangkan cara-cara untuk menyambung semula perjalanan perniagaan dan perjalanan ke "tempat-tempat pelancongan pilihan". 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan