Dr Vivian Balakrishnan adakan lawatan ke Denmark dan Portugal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Kementerian Ehwal Luar)
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan rasmi seminggu ke dua negara Eropah bermula hari ini (3 Dis).
Menteri Ehwal Luar itu berkata lawatannya ke Portugal akan membantu membina hubungan budaya yang erat antara kedua-dua negara dan memperdalamkan kerjasama dalam bidang baharu seperti pembangunan mampan dan bioteknologi.
Lawatan Dr Balakrishnan ke Denmark memaparkan hubungan ekonomi, maritim dan rakyat kedua-dua negara yang kukuh.
Di Lisbon, beliau akan menyampaikan ucapan di seminar diplomatik tahunan Kementerian Luar Portugal.
Dr Balakrishnan juga akan mengadakan sidang media bersama rakan sejawatannya di Portugal.
Di Copenhagen, beliau akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Denmark, Menteri Luar, serta menteri dan ketua perniagaan lain.
Beliau juga akan bertemu dengan warga Singapura yang menetap di kedua-dua negara tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.