Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Tan See Leng dilantik wakili Persatuan Orang Serani SG di Kabinet, ganti Iswaran

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Tan See Leng dilantik wakili Persatuan Orang Serani SG di Kabinet, ganti Iswaran

Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng (kiri) dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong (kanan), bersama Cik Sandra Theseira, Presiden Persatuan Orang Serani Singapura. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 27 Feb 2024 11:03PM Dikemas Kini : 27 Feb 2024 11:04PM
SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng dilantik untuk mewakili Persatuan Orang Serani Singapura di Kabinet, berkuat kuasa Selasa (27 Feb).

Dalam peranan itu, Dr Tan menggalas tanggungjawab untuk menjaga kepentingan masyarakat Serani.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa menerusi satu catatan di Facebooknya.

Ini setelah beliau menerima cadangan daripada persatuan tersebut supaya melantik Dr Tan untuk menyandang peranan itu, dalam memastikan perwakilan persatuan itu berterusan dalam Kabinet.
Dr Tan, yang juga merupakan Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, menggantikan Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran. Peranan itu dikosongkan menyusuli peletakan jawatan Encik Iswaran bulan lalu, selepas terbabit dalam kes rasuah.

Menekankan peri pentingnya peranan orang Serani dalam masyarakat setempat, PM Lee berkata: "Orang Serani adalah bahagian penting dalam kisah Singapura dan masyarakat berbilang budaya kita."

Dalam catatannya itu, beliau menarik perhatian bahawa orang Serani bahkan sudahpun menetap di sini sebelum Stamford Raffles mengasaskan Singapura pada tahun 1819.

Pada tahun 1919, Persatuan Orang Serani Singapura ditubuhkan.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan