Dr Tan Cheng Bock dan Hazel Poa undur diri daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat PSP
Anggaran Waktu Membaca:
Tan Cheng Bock dan Hazel Poa dari PSP berucap di perhimpunan semasa Pilihan Raya Umum (GE) 2025.
SINGAPURA: Parti Kemajuan Singapura (PSP) mengumumkan pada Sabtu (5 Jul) bahawa Dr Tan Cheng Bock dan Cik Hazel Poa sudah mengundurkan diri daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.
Encik A’bas bin Kasmani akan menggantikan Dr Tan sebagai pengerusi PSP.
Dr Tan dan Cik Poa, yang sebelum ini merupakan setiausaha agung PSP, adalah sebahagian daripada pasukan PSP yang bertanding di GRC West Coast semasa Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).
Parti itu telah melantik tiga anggota baharu ke dalam CEC: Encik Sani Ismail, Encik Lawrence Pek dan Cik Stephanie Tan.
Bendahari S Nallakaruppan juga sudah melepaskan jawatannya. Ketiga-tiga anggota itu akan kekal sebagai ahli PSP, katanya.
Encik Leong Mun Wai akan kekal sebagai setiausaha agung PSP.
PSP kalah di kesemua enam kawasan undi yang ditandinginya semasa GE2025, yang sekali gus menamatkan kehadirannya selama lima tahun di Parlimen melalui kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) yang disandang oleh Encik Leong dan Cik Poa selepas hampir memenangi GRC West Coast semasa Pilihan Raya Umum 2020.
Pasukan PSP yang bertanding di GRC West Coast-Jurong West – yang terdiri daripada pengasas parti Dr Tan Cheng Bock, Encik Leong, Cik Poa dan pendatang baharu Sumarleki Amjah dan Encik Ismail – mendapat 39.99 peratus undi, kalah kepada pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diterajui oleh Menteri Pendidikan Desmond Lee.
Semasa Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), Cik Poa bertanding di bawah PSP di GRC West Coast sebagai sebahagian daripada pasukan PSP berprofil tinggi yang diketuai Dr Tan, bersama Encik Leong Mun Wai, Encik Nadarajah Loganathan dan Encik Jeffrey Khoo.
Pasukan itu memperolehi 48.32 peratus undi - prestasi terbaik oleh pasukan parti pembangkang yang kalah.
Lantaran itu, Cik Poa dan Encik Leong dilantik sebagai NCMP, mengukuhkan kedudukan PSP dan profil individu masing-masing.
KEKECEWAAN GE2025
Jangkaan semakin meningkat menjelang GE2025. Prestasi hambar - penurunan lapan mata - disambut dengan kekecewaan dalam parti tersebut.
Encik Leong menyifatkan keputusan itu sebagai "sangat mengejutkan", sambil menambah bahawa PSP akan meneliti keputusan GE2025 "dengan serius dan akan berusaha" untuk mendapatkan semula kepercayaan selanjutnya daripada rakyat Singapura.
Beberapa hari kemudian, beliau memuat naik catatan ke Facebook yang mengatakan bahawa keputusan itu "mengecewakan" tetapi tidak bermakna bahawa perjuangan PSP sudah berakhir.
"Kami akan terus semak dan imbang, mewujudkan masyarakat yang inklusif dan peluang yang lebih adil untuk semua rakyat. Kami akan bermuhasabah, merenung kembali dan bangkit lebih kukuh."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.