Dr Syed Harun angkat sumpah jawatan Setiausaha Parlimen Kanan, mahu jadi suara lantang ketengahkan aspirasi masyarakat Melayu/Islam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) penggal pertama, Dr Syed Harun Alhabsyi, secara rasmi menyandang jawatan selaku Setiausaha Parlimen Kanan bagi Pembangunan Negara merangkap Pendidikan sejak 1 Oktober lalu.
Beliau mengangkat sumpah jawatan pada Jumaat (3 Okt) di Istana.
Dalam wawancara bersama wartawan Nurfazirah Azman, beliau berkongsi harapan dan pendekatan beliau dalam menggalas tanggungjawab baharu ini.
Ia merangkumi sokongan kepada keluarga kurang berkemampuan yang menetap di flat-flat sewa, pembangunan belia Melayu/Islam, serta pemerkasaan masyarakat melalui pelbagai inisiatif.
MENERAJUI PROJEK DIAN BERSAMA DR FAISHAL
Dalam tanggungjawab baharu ini, Dr Syed Harun bersama Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, akan sama-sama menerajui Projek Dian yang sebelum ini dipimpin oleh mantan menteri Dr Mohd Maliki Osman.
Projek Dian bertujuan membantu memperkasa anggota masyarakat yang menetap di flat-flat sewa dan mempunyai anak-anak kecil.
Menurutnya, fokus utama adalah untuk membantu keluarga di flat-flat sewa agar dapat berdikari dan maju ke hadapan melalui sokongan pelbagai pihak termasuk sukarelawan dan agensi-agensi berkaitan.
"Kita akan mengambil pendekatan di mana kita ingin terus meningkatkan lagi daya tahan keluarga-keluarga yang ada di dalam flat-flat sewa.
"Kita dapati bahawa memang kalau disokong, kalau diberi haluan jalan dengan kerjasama sukarelawan M³ dan juga agensi-agensi yang berkaitan, kita dapat meningkatkan lagi peluang bagi keluarga-keluarga tersebut untuk terus ke peringkat yang selanjutnya," kata Dr Syed Harun.
Beliau menekankan bahawa ini demi mencapai cita-cita dan masa hadapan yang lebih cerah bagi keluarga-keluarga tersebut.

AKAN MENERAJUI FA3: MEMPERKASA DAN PEMENTORAN BELIA
Dr Syed Harun juga akan menerajui bidang tumpuan FA3 - Memperkasa dan Pementoran Belia, bersama Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan, Rahayu Mahzam.
Di bawah FA3, mereka juga akan menerajui sebuah pasukan bertindak untuk mendampingi golongan belia Melayu/Islam.
"Belia merupakan aset yang amat berharga bagi masyarakat dan juga negara. Kita inginkan belia kita rasa diperkasakan untuk mencapai cita-cita mereka," katanya.
Dengan penubuhan pasukan bertindak ini, ia akan meneliti keperluan sebenar para belia dan menyediakan laluan yang sesuai termasuk menerusi bimbingan mentor.
"Bukan sahaja kita ingin mendekati belia yang sudahpun cemerlang tetapi juga mereka yang mungkin berisiko atau sudah pun tercicir dari sekolah sebagai contoh, dan memberi laluan bagi mereka untuk cemerlang juga," ujar Dr Syed Harun.
Beliau menekankan keperluan untuk mengenal pasti bakat yang mungkin belum dikenal pasti sebelum ini oleh masyarakat dan menyepadukan bakat tersebut dalam pembangunan negara.

PERANAN SEBAGAI PENASIHAT BELIA MESRA
Selain itu beliau juga menyandang peranan sebagai penasihat belia MESRA, bersama Dr Faishal dan Cik Rahayu Mahzam.
Beliau melihat MESRA sebagai platform penting bagi merapatkan dasar-dasar pemerintah dengan realiti masyarakat.
"MESRA merupakan antara pertubuhan yang amat penting di mana ia menggabungkan tenaga sukarelawan dan juga tenaga masyarakat bersama dasar-dasar dan juga inisiatif-inisiatif pemerintah.
"Saya rasa memang keinginan kita bertiga ataupun Cik Rahayu dan juga saya untuk terus mendekati mereka di MESRA. Terutama sekali mereka yang sedang berkecimpung dengan aktiviti-aktiviti budaya dan kesukarelawan demi meningkatkan lagi keupayaan mereka untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan juga membangunkan masyarakat bersama kita," kongsi Dr Syed Harun.

BAGAIMANA LATAR BELAKANG MEMBERI MANFAAT UNTUK TANGANI ISU MASYARAKAT
Berbekalkan pengalamannya sebagai seorang pakar psikiatri dan jawatannya sebelum ini sebagai Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Dr Syed Harun berkongsi ia memberikannya kelebihan dalam memahami tekanan yang dihadapi masyarakat.
"Saya harap dapat membawa pengalaman ini kepada jawatan yang selanjutnya di mana apabila kita ingin melakarkan dasar-dasar atau polisi mengenai pendidikan ataupun pembangunan negara perlulah kita mengambil perspektif di mana bukan sahaja atas dasar yang efektif tetapi juga bagaimana ia dilakarkan di tahap lanjut buat rakyat kita dan bagaimana ia akan diterima ataupun membawa kepada kebaikan mereka," kata beliau.
PENUTUPAN KLINIK PSIKIATRIK KEPUTUSAN YANG SUKAR
Bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas sebagai Setiausaha Parlimen Kanan, Dr Syed Harun membuat keputusan untuk menutup klinik persendirian miliknya, The Starfish Clinic of Psychiatry & Mental Wellness.
"Saya amat berterima kasih kepada pesakit saya yang memberi saya kepercayaan untuk menolong dari segi perubatan mereka dan juga pekerja bagi klinik saya di mana saya rasa ia satu-satunya klinik di mana terdapat kepakaran psikiatri bagi masyarakat Melayu/Islam kita.
Beliau berkongsi sudah merujuk para pesakitnya kepada pakar-pakar lain supaya perubatan mereka tidak terganggu dan perlaksanaan bagi perubatan mereka itu dilakukan dengan rapi.
HARAPAN DENGAN TANGGUNGJAWAB BAHARU
Dr Syed Harun menanam harapan agar dapat menjadi jambatan antara dasar-dasar dan cita-cita masyarakat.
Beliau turut berharap dapat membawa suara yang bermakna dan berani kepada para penggubal dasar.
"Saya berharap dapat menjadi suara yang lantang yang dapat memberikan perspektif bagi pemerintah tentang isi hati, cita-cita masyarakat kita juga di mana polisi juga diukir dengan unsur-unsur yang berkepentingan bagi masyarakat kita terutama sekali budaya dan juga keinginan untuk melestarikan juga keagamaan dan sebagainya," katanya.
Dalam pada itu, beliau akur jawatan baharu ini adalah satu tanggungjawab yang berat dan berharap dapat melakukannya dengan sebaik mungkin.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.