Skip to main content

Singapura

Dr Puthucheary: Perpaduan kaum bukan satu kebetulan

Negara ini adalah satu contoh di mana ada perpaduan berbilang kaum dan agama. Namun, ia bukan satu kebetulan, melainkan satu tujuan yang sudah ditetapkan sejak Singapura mencapai kemerdekaan pada 1965.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Jul 2018 08:09PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 10:12PM

SINGAPURA: Negara ini adalah satu contoh di mana ada perpaduan berbilang kaum dan agama. Namun, ia bukan satu kebetulan, melainkan satu tujuan yang sudah ditetapkan sejak Singapura mencapai kemerdekaan pada 1965.

Itulah yang ditegaskan Menteri Negara Kanan Dr Janil Puthucheary dalam satu persidangan belia mengenai kaum dan agama anjuran Onepeople.sg siang tadi (28 Jul).

Persidangan itu dihadiri sekitar 350 belia dan buat pertama kalinya, para wakil dari pelbagai pertubuhan keagamaan.

Para peserta membincangkan isu-isu kerencaman kaum dan agama serta garis-garis jurang yang kian muncul.

Dr Puthucheary yang juga pengerusi gerakan Onepeople.sg turut menjelaskan wawasan Singapura berkaitan keharmonian kaum dan agama.

Ini termasuk memastikan tiada penindasan dan diskriminasi oleh kaum majoriti, serta sentiasa memilih huraian-huraian dan tindakan yang menggalak keamanan.

"Jika kita beralih daripada nilai-nilai teras, idea-idea teras itu, anda meletakkan risiko ke atas perpaduan sosial yang wujud di Singapura. Tetapi jika tindakan baru anda advokasi baru anda mengalir sealiran, maka anda akan mengukuhkan fabrik nasional. Anda menjadikan negara ini lebih baik lagi," kata Dr Puthucheary. 

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita