Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Norshahril: Peruntukan calon Melayu untuk Pilihan Raya Presiden demi penyatuan negara

Peruntukan khusus bagi calon Melayu untuk Pilihan Raya Presiden tahun depan adalah untuk masa depan Singapura, demi penyatuan negara dan bukannya untuk mengetepikan calon-calon dari kaum lain.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Peruntukan khusus bagi calon Melayu untuk Pilihan Raya Presiden tahun depan adalah untuk masa depan Singapura, demi penyatuan negara dan bukannya untuk mengetepikan calon-calon dari kaum lain.

Menurut Zamil ISEAS-Institut Yusof Ishak Dr Norshahril Saat, ia antara cabaran yang dihadapi Pemerintah untuk meyakinkan rakyat mengapa pindaan perlembagaan perlu dilakukan sekarang demi memastikan adanya perwakilan semua kaum bagi jawatan tersebut.

Bagi masyarakat Melayu pula, Dr Norshahril berkata mungkin ada sedikit kesulitan untuk mencalonkan lebih ramai anggota masyarakat itu kerana kriterianya yang amat ketat.

Buat masa ini, bakal calon-calonnya hanya terdiri daripada mantan Menteri dan Menteri yang sedia ada serta Speaker Parlimen. Tidak jelas pula jika ada bakal calon dari sektor swasta.

"Ada semacam keprihatinan daripada masyarakat umumnya bahawa dengan ada satu pilihan raya khusus bagi satu kaum ini, ia akan melemahkan sistem meritokrasi kita dan masih mengekalkan sistem berdasarkan kaum.

"Tapi jika kita lihat, kriteria-kriteria yang dikenakan bagi seorang calon itu juga perlu menjadi seorang pemimpin dalam masyarakat, mempunyai kewibawaan.

"Jadi kita lihat dari sudut kemampuan itu, kita tidak boleh meragui kebolehan seorang pemimpin. Untuk memenangi satu pilihan raya itu beliau harus memenangi hati semua kaum di Singapura.

"Jadi kita tahu dalam satu sistem pilihan raya seorang presiden tidak boleh menang jika beliau tidak mewakili rakyat Singapura umumnya. Jadi, walau macam mana pun beliau harus diterima oleh rakyat," kata Dr Norshahril. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan