Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Noraslinda Zuber jadi Timbalan Ketua Eksekutif MENDAKI baharu Mei ini

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Noraslinda Zuber jadi Timbalan Ketua Eksekutif MENDAKI baharu Mei ini

Dr Noraslinda Zuber (kanan) akan mengambil alih tugas Cik Aidaroyani Adam (kiri) sebagai Timbalan Ketua Eksekutif MENDAKI. (Gambar: Facebook/MENDAKI)

SINGAPURA: Bermula 1 Mei ini, Dr Noraslinda Zuber akan mengambil alih tugas Cik Aidaroyani Adam sebagai Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) MENDAKI.

Demikian didedahkan MENDAKI dalam satu catatan Facebook hari ini (19 Apr).

Cik Aidaroyani mula berkhidmat dengan MENDAKI sebagai Pegawai Eksekutif (Penyelidikan dan Pembangunan) pada September 1996.

Beliau kemudian memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah MENDAKI dari 2020 hingga 2013 sebelum menyandang jawatan sebagai Pengarah untuk Pendidikan dan Penyelidikan dari 2014 hingga 2018 dan sebagai DCE dari 2019 hingga kini.

"Saya ingat lagi bekerja dengan ibu bapa dan anak-anak dari dua blok di Boon Lay. Sebagai pegawai penyelidikan, ia sangat menyeronokkan untuk mengetuk pintu mereka dan menjemput ibu bapa dan anak-anak prasekolah mereka untuk mengambil bahagian dalam projek rintis. Oleh kerana mereka dan pelbagai lagi lelaran, hari ini kita mempunyai KelasMateMatika (KMM). Menariknya (pada ketika itu), saya sedang mengandungkan anak kedua saya, dan dia kini 21," nyata Cik Aidaroyani dalam catatan Facebook itu.

"Sepanjang beberapa tahun, kita sudah menubuhkan 'Growth Group – School Ready, Perform in School and Future Ready'. 26 tahun yang sudah ini sangat memuaskan dan ia menjadi satu penghormatan bagi saya untuk berkhidmat kepada masyarakat. Saya berbesar hati untuk menyambut Dr Noraslinda Zuber memimpin pasukan ini," tambahnya.

DR NORASLINDA PUNYAI PENGALAMAN LUAS

Sepanjang berada di MENDAKI, Cik Aidaroyani sudah memimpin beberapa inisiatif untuk mempertingkatkan lagi prestasi akademik masyarakat Melayu/Islam termasuk menyelia penubuhan Pejabat Penilaian Program.

Oleh itu, bakal penggantinya, Dr Noraslinda merasakan ia merupakan satu tanggungjawab besar untuk meneruskan legasi beliau.

"Aida meninggalkan ruang yang besar untuk diisi. Saya akan menyertai program-program ini untuk memahami lebih lanjut dan berjumpa dengan para penerima bantuan, relawan serta rakan-rakan kongsi. Kita akan terus bekerja dan maju bersama masyarakat sebagai Masyarakat Gemilang," kongsi Dr Noraslinda.

Dr Noraslinda mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam Sumber Manusia, membimbing dan menjadi mentor dalam beberapa agensi nasional termasuk MUIS.

Beliau akan berkhidmat di MENDAKI untuk tiga tahun.
Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan