Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Ng harap Amerika, China dapat tangani keprihatinan domestik

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Negara, Dr Ng Eng Hen, berharap Amerika Syarikat dan China boleh mengatasi keprihatinan domestik masing-masing demi membangunkan sebuah sistem sejagat yang lebih kukuh, mampan serta saksama. 

Berucap di Persidangan Lennart Meri ke-15 di ibu kota Estonia, Tallinn, Dr Ng berkata beliau tidak pasti tentang akibat ketegangan yang kian meningkat antara Amerika dengan China.

Namun, beliau menegaskan masa depan dan kesejahteraan dunia secara kolektif bergantung kepada keadaan itu.

Dr Ng turut menarik perhatian kepada peraturan antarabangsa yang stabil dan berteraskan undang-undang.

Beliau berkata ia akan melindungi kepentingan negera-negera kecil seperti Singapura, yang tidak mempunyai kemampuan untuk membina kawasan kekuasaan sejagat.

Namun, ia tidak bermakna negara-negara tersebut tidak boleh memainkan peranan di pentas antarabangsa.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan